Tuesday, March 22, 2016
Solat Song
Allahumma solawasalam...
Solu a'la nabi, solu a'la rosul...2x
Solat itu tiang agama,
Sehari semalam,
Lima waktunya...
Solat itu pembentuk ummah,
Membentuk akhlak,
Akhlak mulia...
Solatlah yang membezakan
antara Islam dengan yang lain...
Solatlah yang memantapkan,
Keimananmu, ketaqwaanmu....
C/o :
Ash ha du anna illaha illAllah,أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّاللهُ
Wa ash ha du anna Muhammadur Rasullullah...3xاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Solu a'la nabi, solu a'la rosul...2x
Solat itu tiang agama,
Sehari semalam,
Lima waktunya...
Solat itu pembentuk ummah,
Membentuk akhlak,
Akhlak mulia...
Solatlah yang membezakan
antara Islam dengan yang lain...
Solatlah yang memantapkan,
Keimananmu, ketaqwaanmu....
C/o :
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِEnding :
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
As-solatu khairun minna na'umااَلصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Ash ha du anna illaha illAllah,أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّاللهُ
Wa ash ha du anna Muhammadur Rasullullah...3xاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Tuesday, January 19, 2016
Sahabat 2016
Aku sudah tua, sudah berumur 30-an. Banyak perkara
yang telah aku pelajari dalam tempoh hidup ini. Dan salah-satunya ialah erti
sebuah persahabatan. Terus-terang, aku telah buang semua kawan-kawan aku. Dalam
erti kata lain aku tak perlukan mereka lagi. Lagipun, sudah bertahun handphone
aku tidak berbunyi. Jikalau berbunyi pun, ia dari ahli keluarga aku.
Aku dah patah hati dengan kawan-kawan aku
yang hanya mahu ketawa bersama, tetapi apabila menangis lain-lain haluannya. Namun
2015 sudah berlalu, 2016 pula membawa perubahan. Sahabat, ia tidak perlu
dicari, ia akan datang sendiri. Mereka ada disekeliling kita rupa-rupanya. Mereka
adalah ahli keluarga kita, rakan sepekerjaan kita dan orang-orang yang boleh
dipercayai disekeliling kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah jaga hati dan
perasaan mereka, bantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan dan hiburkan
hati mereka ketika mereka gusar atau gundah-gulana. Lakukanlah dengan hati yang
ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jangan risau, ingatlah segala
kebaikan yang kita buat, Allah s.w.t yang akan membalasnya.
Persahabatan itu tidak memerlukan perasaan cinta
yang mendalam, tetapi ia memerlukan kerjasama, kepercayaan antara satu sama lain
dan semangat kesetiaan dimana saat susah kita hadapi bersama dan apabila saat
gembira kita tersenyum dan ketawa bersama. Nampaknya aku tidak perlu
susah-susah cari kawan daripada internet. Aku sudah ada kawan didepan mata. Syukur
Alhamdulillah…aku sedar akhirnya….
Thursday, November 26, 2015
Anak-anak Jalanan...
Melepaskan diri dari azab dunia!
Anak-anak jalanan....
Menadah tangan demi sesuap nasi
Meneruskan legasi
C/o:
Ini semua bukan salahmu....
Kesilapan terdahulu....
Kau perbaiki semua segala....
Namun tiada yang pulih....
Meredah malam mencari kebahagiaan!
Bground sound:
Ini hidupku, cara hidupku (berulang-ulang)
Anak-anak jalanan....
Menadah tangan demi sesuap nasi
Meneruskan legasi
C/o:
Ini semua bukan salahmu....
Kesilapan terdahulu....
Kau perbaiki semua segala....
Namun tiada yang pulih....
Meredah malam mencari kebahagiaan!
Tak mengerti bahaya...
Berlari-lari bergelak riang ketawa
Hiburan yang terbaik
C/o:
C/o:
Bground sound:
Ini hidupku, cara hidupku (berulang-ulang)
Anak Ikan Dimakan Undan
C/o Anak ikan dimakan undan la la la 4x
Semua ditelan, apalah yang tinggal....
Hilanglah sumber warisan....(ayong!)
Alahai, Tuan dan Puan, apalah nak jadi...
Takkan duduk, menung saje.....
Ulang C/o.
Mana pejuang, manalah penentang...
Bila perang, siapa yang ke depan?
Semua ditelan, apalah yang tinggal....
Hilanglah sumber warisan....(ayong!)
Alahai, Tuan dan Puan, apalah nak jadi...
Takkan duduk, menung saje.....
Ulang C/o.
Mana pejuang, manalah penentang...
Bila perang, siapa yang ke depan?
Friday, September 18, 2015
Thursday, September 10, 2015
Doa Memulakan Pekerjaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ اَسْٮَٔلُكَ مِنْ خَيْرِ هٰذَالْعَمَلِ
وَخَيْرِمَافِيْهِ. وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهٰذَالْعَمَلِ وَشَرِّمَافِيْهِ. اِنَّكَ
عَلىٰ كُلِّ شَيئٍ قَدِيْرٌ.
Ya Allah, aku mohon pada-Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan
yang ada didalamnya, dan aku berlindung pada-Mu daripada keburukan pekerjaan
ini dan segala keburukan yang ada didalamnya. Sesungguhnya di atas segala
sesuatu itu Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya.
Doa Mengakhiri
Pekerjaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ
عَمَلِيْ وَنَفْسِيْ وَتَوَّكَلْتُ عَلَى اللهِ.
Ya Allah, aku serahkan pada-Mu pekerjaanku dan jiwa raga ku, dan aku
bertawakkal kepada Engkau Ya Allah.
Tuesday, September 8, 2015
Doa Cari Jodoh
Salam,
Hi Semua! Mesti para pembaca tertanya kenapa aku terbitkan Doa Cari Jodoh ni kan. Oklah, dipendekkan cerita, bulan lepas aku terjumpa kawan lama kat Econsave Senai. Umur dah 30, sama dengan aku, tapi belum kahwin. Dia minta tolong aku carikan jodoh, kebetulan aku ada belajar tang cara-cara nak cari jodoh, dari Internet dan juga beberapa orang kenalan. Orang-orang ni suruh aku amalkan supaya aku dapat jodoh untuk diri aku sendiri, masalahnya aku sendiri belum bersedia.
Berbalik kepada kawan aku yang andartu ni, aku pun ajarkan sedikit sebanyak apa yang aku tahu. Ada macam-macam cara sebenarnya, ikut je la apa yang ada kat bawah ni. Semoga ia membantu, selamat mencuba!
Friday, August 28, 2015
Dimana Ayah?
Tidak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba anak aku
berlari-lari ke arahku sambil menangis-nangis.
“Ibu, ibu...erm..erm..”, raungnya sambil memeluk erat
tubuhku.
“Kenapa sayang?”, tanyaku dengan lembut.
“Kawan-kawan abang cakap, abang tak da ayah” Naik mendidih
seluruh darah dari tubuhku sebaik sahaja aku mendengar aduan anak aku. Sampai hati
mereka menyakitkan hati anak kecil ini. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku cabut
gigi-gigi budak-budak yang telah mengganggu anak kecil ini. Namun, apabila
melihat anak aku menangis , aku pun tidak dapat menahan airmata yang sudah
bergenang di mata ini.
“Apalagi yang kawan-kawan abang cakap pada abang?”, tanyaku
lagi.
“Ayah abang tak suka abang, tak suka ibu. Sebab itu, ayah
tinggalkan kita....”
Astaghfirrullah hal’azim.....besar sungguh dugaan si anak
kecil ini. Aku mengusap-usap lembut kepala anakku, seraya membantunya
menenangkan diri.
“Ibu...” Tiba-tiba anakku bersuara.
“Ya, sayang, apa dia?”
“Mana ayah?” Aku terkesima. Walhal, aku sudah jangka, suatu
hari nanti pasti anak aku akan bertanya tentang ayahnya. Tetapi, aku jangka
apabila anak aku sudah berumur 7 atau 10 tahun bukan berumur 5 tahun.
“Jom! Abang, kita duduk atas buai,” Segera aku matikan apa-apa yang sedang aku masak tadi. Sudah tiba masanya untuk aku menerangkan sesuatu kepada anak aku. Nak terangkan sesuatu yang drastik ini, mesti kena pada tempatnya. DAPUR, amatlah tidak sesuai. Ada pisau, ada batu lesung, ada api dan macam-macam lagi benda yang berbahaya.
Anak aku dan aku pun duduk diatas buaian sambil memandang ke
arah pokok-pokok di halaman rumah. Ada rama-rama berterbangan dan anak-anak
kucing sedang bermain-main sambil diperhatikan ibu kucing. Tenang sedikit dari
suasana dapur.
“Ibu, ayah mana?” Tanya anak aku lagi. Sifat ingin tahunya
sudah mengatasi kesabarannya.
“Abang, sebenarnya ibu tidak tahu kemana ayah abang pergi. Entah
hidup, entah mati, ibu tak tahu. Abang, ayah abang dulu adalah seorang lelaki
yang baik. Tetapi sayang, ayah abang berubah sedikit demi sedikit sejak berkawan
dengan orang-orang jahat,”
“Orang jahat?!” Sergah anak aku. Alamak, aku bimbang aku
sakitkan hati anak aku. Ya Allah, kurniakanlah aku kebijaksanaan bertutur kata.
Amin.
![]() |
| Anakku |
“Erm, abang tahu ciri-ciri orang jahat? Orang jahat tu
macamana?”
“Tau! Orang jahat tu nanti polis tangkap,” Alahai jawapan
daripada budak kecil, mesti dari pengaruh TV ni.
“Betul, tapi kenapa orang jahat kena tangkap?” Aku bertanya
lagi.
“Erm, sebab mencuri?”
“Betul, lagi?” Anak aku mengangkat kedua-dua bahunya sambil
menggelengkan kepala, tanda tidak tau.
“Orang jahat selalu menipu, hasad dengki, bercakap tentang
benda-benda tak elok, suka sakitkan hati orang, mementingkan diri-sendiri,
menyeksa orang, menyeksa binatang.....”
“Banyaknya....” Anak aku memotong kata-kataku, pening
agaknya.
“Memang banyak...kalau ibu nak terangkan lagi, sampai umur
abang 21 tahun pun tak habis-habis,”
“Jadi, macamana abang nak jumpa ayah?” Kali ini, aku tarik
nafas sedalam-dalamnya. Sambil menanamkan benih sabar.
“Abang, bukanlah tanggungjawab abang untuk mencari dan berjumpa dengan ayah. Sebaliknya, ayahlah yang kena pikul tanggungjawab mencari dan berjumpa dengan abang. Kerana abang masih kecil. Apa yang abang perlukan sekarang adalah didikan agama, makanan yang sihat dan botol susu!” Aku bergurau dengan cuba merampas botol susu daripada tangan anak aku. Tak dapat. Anak aku lagi cekap mempertahankan botol susunya. Sudah terukir sikit senyuman diwajahnya.
“Tapi kawan-kawan abang semua ada ayah, abang takda,”
Wajahnya kembali muram.
“Kalau begitu, nanti bila ayah diorang dah tua, diorang pula
kena jaga ayah diorang, macam dalam TV tu,” Tiba-tiba aku dapat idea.
“Ha’ah lah...macam ibu kena jaga atok. Eh! Ibu pun kena jaga
nenek kan,” Akhirnya, anak aku dapat dipujuk.
“Shi-shi, yak-yak pun ibu kena bersihkan tau,” Tambah aku
lagi sambil menunjukkan muka sedih.
“Eeee....shi-shi, yak-yak, busuk.... nanti abang dah besar,
abang jaga ibu jelah, sebab ayah tak da!”
“Betul! Subhannallah, bijaknya anak ibu. Nanti kalau kawan-kawan
abang kacau, abang nak buat apa?” Soalku lagi.
“Erm.....” Anak aku berfikir panjang. Namun tiada jawapan.
“Abang cakaplah, nanti awak dah besar, awak kena jaga ayah
dan ibu, abang jaga ibu abang je,” Sampuk aku membantunya berfikir.
“Ok, nanti abang cakap macam tu,” Balas anak aku sambil
memeluk aku. Aku peluk erat si anak kecil ini. Kasihan, seorang anak yatim yang
bijak.
“Ibu....nanti, bila ibu dah tua. Ibu janganlah shi-shi dan
yak-yak...” Sempat anak aku bisik ke telinga aku sebelum dia leraikan pelukan
dan terus masuk ke dalam rumah. Yang ini, aku malas nak komen. Tamat.
Wednesday, August 26, 2015
Segalanya Untuk Kucing
Kebelakangan ini, dah macam trend aku tengok Kedai Kucing dah mula bersepah, merebak ke seluruh Bandar Johor. Termasuklah satu kedai ni, 80% printing design dalam kedai ni aku buat. Seronok aku buat design untuk kucing-kucing ni. Hari-hari tengok kucing, agak release tension sikitlah. Walaupun aku design, tapi idea bukan aku punya idea. Idea aku semua kena reject, so kalu korang nak kutuk, kutuklah.
Walaubagaimanapun, aku tetap bangga. Dah banyak rupanya, hasil kerja aku masuk surat khabar. Alhamdulillah....
Tuesday, July 14, 2015
Tuesday, June 9, 2015
Friday, June 5, 2015
Thursday, May 28, 2015
Jangan Putus Asa
Aku pernah......
Ditipu, Dipermainkan, Diperdayakan, Ditolak, Dipulaukan, Dipukul, Diejek, Dimaki, Ditengking, Dipergunakan, Dikhianati, Dituduh, Difitnah, Diceraikan, Dianiaya, Dihalau, Dibenci, Disangka buruk, Dipisahkan dari anak aku sendiri, Dibiarkan, Disakiti, Dimarahi, Diaibkan, Dimalukan, Diketawakan, Diherdik, Dijeling, Dihina, Dihukum diatas kesalahan kecil, Diperhambakan, Diperkecilkan, Diperbodohkan, dan banyak lagi Dilakukan terhadap aku.....
Setelah ini semua berlaku,
Satu perkara sahaja aku buat,
Jangan Putus Asa
Solat + Doa = Tawakal
Solat + Doa = Tawakal
Aku yakin Allah s.w.t sentiasa ada membantu hamba-Nya yang lemah.
Think Muhassabah
Salam semua,
Dalam sehari, tanpa disedari, banyak dosa yang kita telah lakukan. Adakalanya tidak sengaja, adakalanya memang sengaja. Sudah lumrah sifat manusia yang melakukan kerosakan dan kebodohan didunia (tercatat didalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 72). Oleh kerana itu, hendaklah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kerosakan dan kebodohan yang telah kita lakukan melalui Muhassabah Diri kita sendiri. Semoga peringatan ini dapat memberi kesan kepada para pembaca dan juga diri saya yang tidak pernah sempurna ini. Insyallah...
Friday, May 15, 2015
Hobi Baru
| Pokok Daun Limau Purut |
| Kesan kena mkn ngan Ulat Bulu. |
Tapi kesian pula, aku tengok Pokok Limau Purut kena makan ngan ulat bulu. Sedap ulat-ulat bulu ni makan daun muda. Nak sembur ngan air cili, tak sampai hati. Yang sedap tu, Ulat Bulu ni mcm faham bahasa. Aku cakap kat Ulat-ulat Bulu tu, "korg dah lah, jgn makan lagi, kesian pokok aku ni". Esok hari, aku tengok ulat-ulat bulu ni dah tak de dah. Pelik kan.
| Pokok Lidah Buaya |
| Pokok Sirih |
Seronoknya bercucuk tanam ni apabila, pokok-pokok yang kita tanam ni mula membuahkan hasil. Macam pokok limau Kasturi ni, dah berbuah dah. Lebat lak tu. Tapi satu je masalah, pokoknyer tinggi bebenor dan berduri-duri, Tak tau ler nak petik limau macam mana. Oleh kerana pokok ni terletak kat tebing bukit, aku tak berani nak panjat tangga, kerana berpotensi jatuh tergolek sambil berpaut pada dahan berduri yang tajam itu. Bahaya.
Paling aku suka Pokok Tembikai aku. Senang sangat tumbuh dan pandai berdikari. Sekarang dah mula ada spiral, tau tak spiral tu apa? Ala yang dahan gulung-gulung tu. Aku cuba tangkap gambarnya, tapi tak dapat. Kecil sangat. Nantilah, kalau dah besar sikit, siap ada buah, aku makan, aku tangkap gambar sekali.
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
| Daun Pokok Tembikai |
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
Wednesday, April 29, 2015
Tahniah, jika ada lelaki terima cabaran wanita ini
Dalam satu pertemuan 'Blind Date', setelah lama berbual bertanya tentang diri masing-masing. Akhirnya Si Wanita, memberi 'hint':
Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.
Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.
Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.
Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.
Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.
Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.
10 Perkara Aku Kena Buat Sebelum Terlambat
- Belajar mngaji Al-Quran.
- Berbuat baik dengan ibu bapa.
- Selesaikan segala hutang yang aku ada.
- Memaafkan orang lain dan memadamkan segala hasad dengki sebelum tidur malam.
- Menjauhi segala perbualan yang sia-sia (mengumpat, mencarut, dan sebagainya).
- Bersabar dan menahan kemarahan.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Tidak berdendam, tidak membenci orang lain, dan juga tidak mengkhianati/menganiayai orang lain.
- Mendoakan kebaikan kepada sesama orang Islam.
- Senyum selagi boleh senyum.
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Novel : KABAYAN
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata...
-
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...




















