Friday, June 5, 2015
Thursday, May 28, 2015
Jangan Putus Asa
Aku pernah......
Ditipu, Dipermainkan, Diperdayakan, Ditolak, Dipulaukan, Dipukul, Diejek, Dimaki, Ditengking, Dipergunakan, Dikhianati, Dituduh, Difitnah, Diceraikan, Dianiaya, Dihalau, Dibenci, Disangka buruk, Dipisahkan dari anak aku sendiri, Dibiarkan, Disakiti, Dimarahi, Diaibkan, Dimalukan, Diketawakan, Diherdik, Dijeling, Dihina, Dihukum diatas kesalahan kecil, Diperhambakan, Diperkecilkan, Diperbodohkan, dan banyak lagi Dilakukan terhadap aku.....
Setelah ini semua berlaku,
Satu perkara sahaja aku buat,
Jangan Putus Asa
Solat + Doa = Tawakal
Solat + Doa = Tawakal
Aku yakin Allah s.w.t sentiasa ada membantu hamba-Nya yang lemah.
Think Muhassabah
Salam semua,
Dalam sehari, tanpa disedari, banyak dosa yang kita telah lakukan. Adakalanya tidak sengaja, adakalanya memang sengaja. Sudah lumrah sifat manusia yang melakukan kerosakan dan kebodohan didunia (tercatat didalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 72). Oleh kerana itu, hendaklah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kerosakan dan kebodohan yang telah kita lakukan melalui Muhassabah Diri kita sendiri. Semoga peringatan ini dapat memberi kesan kepada para pembaca dan juga diri saya yang tidak pernah sempurna ini. Insyallah...
Friday, May 15, 2015
Hobi Baru
| Pokok Daun Limau Purut |
| Kesan kena mkn ngan Ulat Bulu. |
Tapi kesian pula, aku tengok Pokok Limau Purut kena makan ngan ulat bulu. Sedap ulat-ulat bulu ni makan daun muda. Nak sembur ngan air cili, tak sampai hati. Yang sedap tu, Ulat Bulu ni mcm faham bahasa. Aku cakap kat Ulat-ulat Bulu tu, "korg dah lah, jgn makan lagi, kesian pokok aku ni". Esok hari, aku tengok ulat-ulat bulu ni dah tak de dah. Pelik kan.
| Pokok Lidah Buaya |
| Pokok Sirih |
Seronoknya bercucuk tanam ni apabila, pokok-pokok yang kita tanam ni mula membuahkan hasil. Macam pokok limau Kasturi ni, dah berbuah dah. Lebat lak tu. Tapi satu je masalah, pokoknyer tinggi bebenor dan berduri-duri, Tak tau ler nak petik limau macam mana. Oleh kerana pokok ni terletak kat tebing bukit, aku tak berani nak panjat tangga, kerana berpotensi jatuh tergolek sambil berpaut pada dahan berduri yang tajam itu. Bahaya.
Paling aku suka Pokok Tembikai aku. Senang sangat tumbuh dan pandai berdikari. Sekarang dah mula ada spiral, tau tak spiral tu apa? Ala yang dahan gulung-gulung tu. Aku cuba tangkap gambarnya, tapi tak dapat. Kecil sangat. Nantilah, kalau dah besar sikit, siap ada buah, aku makan, aku tangkap gambar sekali.
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
| Daun Pokok Tembikai |
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
Wednesday, April 29, 2015
Tahniah, jika ada lelaki terima cabaran wanita ini
Dalam satu pertemuan 'Blind Date', setelah lama berbual bertanya tentang diri masing-masing. Akhirnya Si Wanita, memberi 'hint':
Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.
Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.
Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.
Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.
Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.
Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.
10 Perkara Aku Kena Buat Sebelum Terlambat
- Belajar mngaji Al-Quran.
- Berbuat baik dengan ibu bapa.
- Selesaikan segala hutang yang aku ada.
- Memaafkan orang lain dan memadamkan segala hasad dengki sebelum tidur malam.
- Menjauhi segala perbualan yang sia-sia (mengumpat, mencarut, dan sebagainya).
- Bersabar dan menahan kemarahan.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Tidak berdendam, tidak membenci orang lain, dan juga tidak mengkhianati/menganiayai orang lain.
- Mendoakan kebaikan kepada sesama orang Islam.
- Senyum selagi boleh senyum.
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Monday, March 30, 2015
Apa jenis Babun ni?
"These Type of Baboon is Everywhere....Just Don't Act One", inilah apa yang akan aku katakan setiap kali jikalau ada kawan-kawan aku mengadu bahawa dia disisihkan, dipulaukan atau dimarahi oleh mana-mana pihak atas kesalahan kecil sahaja. Aku seakan mengerti apa perasaan mereka dan aku selesa menjadi pendengar masalah mereka, kerana aku pernah melalui apa yang mereka sedang lalui. Terus terang aku dah biasa jadi 'Loner' sejak daripada kecil lagi. Aku ada banyak adik-beradik dan aku merupakan anak tengah (ke-4). Pernah dengar tak? Anak tengah ni selalu tak dapat perhatian keluarga. Aku sokong kenyataan tersebut.
Berbalik kepada perkara diatas, 'Babun'. Apa yang dimaksudkan dengan babun ni? Pernah tengok tak babun mengamuk? Pernah tengok cerita kartun Tarzan Walt Disney, yang ada adegan babun mengamuk tu? Tercungap-cungap Jane dan Tarzan melarikan diri dari serangan kengkawan babun sebab nak dapatkan lukisan anak babun tu je. Begitulah sikap sesetengah manusia di dunia ni. Asal ada salah sikit je, mula diperbesarkan, kemudian buat 'Group' (bukan utk menyelesaikan masalah, tetapi utk mengumpat). Selepas itu, pulaukan, tak bertegur sapa dan senyum pun tidak. Daripada tindakan ini sahaja dah mendatangkan Dosa Besar. Apa Dosa Besarnya? Pertama, mengumpat. Kedua, memutuskan Silaturahim. Dah dua Dosa Besar mereka buat, ingat senang nak hapuskan dosa besar ni?
Minta maaflah sebelum terlambat....
Baik bebenor ke perangai pulau-pulaukan orang ni. Setahu aku, orang yang layak dipulaukan ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Ini bukan aku reka-reka sendiri, memang ada tercatat dalam Al-Quran, surah An-Nisa. Aku pernah dipulaukan, dah banyak kali dah dan aku dah lali kena dipulaukan. Mungkin ini ujian aku di dunia, Insyallah aku boleh menghadapinya dengan penuh redha. Amin...
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perasaan aku akibat kesan dipulaukan. Aku rasa kesunyian dan kesepian. Walau kemana saja aku pergi, aku sentiasa berharap ada orang tegur aku, hakikatnya pada hujung perjalanan aku dapati bahawa aku hanya berjalan bersendirian.
Babun-babun ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar akan perbuatan mereka kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Semoga mereka diberikan hidayah suatu hari nanti dan kepada mereka yang sering dipulaukan diluar sana, bergantung haraplah sehebat-hebatnya kepada Allah s.w.t. Jika terasa kesunyian, berinteraksilah dengan Allah s.w.t. melalui solat. Jika terasa kekosongan, berkomunikasilah dengan Allah s.w.t. melalui Al-Quran. Allah maha Melihat, Allah maha Mendangar, Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Maka mengadulah kepada Allah sehebat-hebatnya.
Selamat di dunia dan di akhirat. Insyallah....
Berbalik kepada perkara diatas, 'Babun'. Apa yang dimaksudkan dengan babun ni? Pernah tengok tak babun mengamuk? Pernah tengok cerita kartun Tarzan Walt Disney, yang ada adegan babun mengamuk tu? Tercungap-cungap Jane dan Tarzan melarikan diri dari serangan kengkawan babun sebab nak dapatkan lukisan anak babun tu je. Begitulah sikap sesetengah manusia di dunia ni. Asal ada salah sikit je, mula diperbesarkan, kemudian buat 'Group' (bukan utk menyelesaikan masalah, tetapi utk mengumpat). Selepas itu, pulaukan, tak bertegur sapa dan senyum pun tidak. Daripada tindakan ini sahaja dah mendatangkan Dosa Besar. Apa Dosa Besarnya? Pertama, mengumpat. Kedua, memutuskan Silaturahim. Dah dua Dosa Besar mereka buat, ingat senang nak hapuskan dosa besar ni?
Minta maaflah sebelum terlambat....
Baik bebenor ke perangai pulau-pulaukan orang ni. Setahu aku, orang yang layak dipulaukan ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Ini bukan aku reka-reka sendiri, memang ada tercatat dalam Al-Quran, surah An-Nisa. Aku pernah dipulaukan, dah banyak kali dah dan aku dah lali kena dipulaukan. Mungkin ini ujian aku di dunia, Insyallah aku boleh menghadapinya dengan penuh redha. Amin...
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perasaan aku akibat kesan dipulaukan. Aku rasa kesunyian dan kesepian. Walau kemana saja aku pergi, aku sentiasa berharap ada orang tegur aku, hakikatnya pada hujung perjalanan aku dapati bahawa aku hanya berjalan bersendirian.
Babun-babun ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar akan perbuatan mereka kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Semoga mereka diberikan hidayah suatu hari nanti dan kepada mereka yang sering dipulaukan diluar sana, bergantung haraplah sehebat-hebatnya kepada Allah s.w.t. Jika terasa kesunyian, berinteraksilah dengan Allah s.w.t. melalui solat. Jika terasa kekosongan, berkomunikasilah dengan Allah s.w.t. melalui Al-Quran. Allah maha Melihat, Allah maha Mendangar, Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Maka mengadulah kepada Allah sehebat-hebatnya.
Selamat di dunia dan di akhirat. Insyallah....
Friday, March 27, 2015
10 Perkara Yang Menyedihkan Aku jika
- Aku menasihati orang supaya berbuat baik tetapi aku sendiri yang tidak berbuat baik. Cakap tak serupa Bikin.
- Aku buat perjanjian, tetapi aku sendiri gagal melaksanakannya.
- Aku bersedekah sambil 'selfie', kemudian sebarkan ke media sosial.
- Aku jadi Petrol (penyebab orang lain bergaduh). Bagaikan api disimbah petrol. Faham?
- Aku ada ilmu, tetapi aku kedekut ilmu.
- Aku mencapai kejayaan hari ini, 10 tahun akan datang, aku masih membanggakannya lagi.
- Aku makan sampai habis, tapi aku cakap, "Tak sedap la lauk ni..."
- Aku masih ada ibubapa, tapi aku buat-buat macam tak ada.
- Aku ada harta, tapi aku kedekut harta.
- Aku buat tak tau, kalau ada kucing datang minta makan.
Wednesday, March 18, 2015
10 perkara aku tidak perlu menyesal.
- Aku berhenti kerja dari Industri Perhotelan. - Ini kerana aku tak tahu duit gaji yang aku perolehi sama ada berkat atau tidak. Salah satu kerja yang aku buat ialah mengiklankan Arak. Insyallah, satu hari nanti aku dapat membayar zakat dengan rezeki yang lebih berkat.
- Aku diceraikan Suami. - Memang perit dan sedih, tetapi bukan aku yang minta cerai. Malah aku tidak nusyuz dan tidak curang. Alhamdulillah, peristiwa ini lebih mendekatkan aku kepada Allah s.w.t.
- Aku menjalani Pemeriksaan Mental di Hospital Permai. - Terbukti aku tidak mempunyai tanda-tanda penyakit mental, namun aku insaf atas apa yang aku lihat disana. Mereka (org. gila) mempunyai masalah yang jauh lebih hebat dari aku. Salah satu cerita yang aku dengar, seorang pesakit disana kehilangan anak, puas mencari tapi tak jumpa. Akhirnya tidak dapat berfikiran waras dan terdampar di Hospital Permai dan tidak ada sesiapapun ahli keluarganya yang ambil peduli.
- Aku ditahan kerana dituduh Mendera Anak. - Di dalam Kesusahan pasti ada Kesenangan. Semasa aku ditahan, pihak polis dah 'check' anak aku, memang tak de sebarang tanda anak aku didera. Tetapi bekas suami aku masih tidak berpuas hati, lalu pihak polis keluarkan arahan supaya aku dan anak aku ditahan di hospital 24jam supaya pihak hospital dan JKM dapat menjalankan siasatan. Jadi kesenangan yang aku dapat ialah meluangkan masa bersama anak aku selama 24jam tanpa ada sebarang gangguan. Makan dan minum disediakan. Tempat tidur dan bilik mandi semua tersedia rapi untuk kegunaan aku dan anak aku, macam tinggal kat hotel lak rasa. Keesokannya, aku dilepaskan dengan keputusan Tiada Sebarang Kesan Dera Pada Kanak-kanak, Malah Kanak-kanak Kelihatan Riang Bersama Ibu Kandungnya. Inilah kenangan paling indah dalam hidup aku.
- Aku berhabis duit mempertahankan Hak Aku. - Semuanya membuahkan hasil. Semuanya adalah Hikmah daripada Allah s.w.t. Makin aku berhabis duit, makin luas rezeki yang aku terima. Tak kira la dalam apa-apa bentuk, duit, makanan, jawatan, dan sebagainya. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepada-Mu, Engkaulah Penyelamat ku selama ini.
- Cuti tahunan habis kerana turun-naik Mahkamah. - Mula-mula aku bersedih juga, tiba-tiba kerajaan Johor mengumumkan cuti Jumaat dan Sabtu pada 2014. Sekali lagi, inilah kuasa Allah s.w.t., Maha Kuasa, mampu mengubah hati dan permikiran seseorang dengan mudah saja. Perubahan ini memberi manfaat kepada ku, Allah Maha Memahami hamba-Nya. Subhanallah.
- Aku hanya berpeluang menyusukan anak sebanyak 3 kali sahaja. - Walaubagaimanapun, anak aku tetap mencari aku. Bila aku baca kisah nasib kanak-kanak di India, bagaimanalah jika anak aku yang mengalami nasib seperti ini? Kebuluran dan tidak dapat merasai susu ibu langsung. Mereka terlalu kurus untuk membesar seperti kanak-kanak lain, kalau ada yang membesar pun mengalami kecacatan tumbesaran. Kecacatan yang macamana, aku tidak tahu. Tapi kalau dah kurus sangat sampai nampak rangka je, memang macam-macam kecacatan yang boleh berlaku. Inna lillah wa inna lillahi ra ji un....
- Aku kerap mengalami kemalangan. - Percaya atau tidak, kemalangan ini semua mengajar aku erti kesabaran. Bukan senang nak praktikkan sifat sabar ini. Bukan senang.
- Aku banyak menangis. - Menangislah ditengah malam, mencari simpati, mencari kasih, mencari tempat mengadu, mencari ketenangan daripada Tuhan yang Maha Mulia, Allah s.w.t.
- Aku tidak mempunyai ramai kawan. - Kawan yang sebenar kawan ialah Al-Quran. Percayalah, Al-Quran akan menjaga kita, bukan setakat Dunia saja malah Akhirat.
Friday, March 13, 2015
Wednesday, March 11, 2015
Amuk VS Syahid
Ada seorang pemuda sedang mendalami Ilmu Silat Kebal. Dia
mempelajarinya atas tujuan mempertahankan diri namun hari demi hari niat
asalnya makin terpesong. Dia mulai suka bergurau senda secara kasar dan mencabar
orang-orang disekelilingnya agar bertarung dengannya. Setelah beberapa
pertarungan berlaku, pemuda itu menang dengan begitu mudah sekali. Semakin hari
berlalu, semakin banyaklah pertarungan yang berlaku. Seiring dengan sikap
sombong dan bongkaknya yang makin menggunung. Begitu juga dengan sikap panas
barannya yang semakin sukar dikawal. Ada sahaja benda yang tak kena. Kopi panas
tertumpah sikit pun sudah boleh menyebabkan dia mengamuk tak tentu hala.
Sehingga suatu masa, pemuda itu tidak mampu lagi mengawal
dirinya. Parang ditangan diasah setajam-tajamnya. Sedikit demi sedikit
kenang-kenangan yang menyakitkan hati mula menghantui fikirannya, sambil membakar
api dendam yang disimpan selama ini. Semua orang salah! Semua orang salah! Berulang-ulang
laungan ini bermain difikirannya. Tiba-tiba pemuda itu berteriak
sekuat-kuatnya. Sambil meracau-racau, habis satu-persatu ahli keluarganya parah
dicederakan. Kemudian, dia pun berlari ke luar rumah. Selagi ada orang yang
bertembung dengannya, habis dilibas dengan parang. Ada yang mati, ada yang cedera
parah.
Pemuda itu terus berlari dan berlari hingga ke sebuah Pondok
Mengaji yang sedang dihuni oleh ramai kanak-kanak yang sedang mengaji Al-Quran.
Marah akan bunyi bising ngajian kanak-kanak itu, pemuda itupun terus melompat
masuk ke dalam kelompok kanak-kanak tersebut. Bertempiaran lari kesemua
kanak-kanak itu kecuali seorang kanak-kanak yang masih lagi meneruskan bacaan
Al-Quran di satu sudut hujung pondok. Pemuda amuk itu menghampiri kanak-kanak tersebut, ingin
sahaja dilibas kepala kecil itu. Namun, pergerakannya seakan-akan dihalang. Pemuda
itu hanya dapat membuka bunga silat disekeliling kanak-kanak yang masih lagi
setia membaca Al-Quran itu. Setiap kali hendak melibas, pemuda itu seakan
ditarik kebelakang. Menyedari akan keadaan itu, beberapa orang Tok Guru yang
tahu mematikan ilmu kebal cepat-cepat mengambil kesempatan menjatuhkan pemuda
itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak itupun selamat. Tiada
sedikitpun kecederaan.
Seorang pemuda kebal yang tidak pernah kalah didalam
pertarungan, kini dikalahkan oleh kanak-kanak yang hanya sedang membaca Al-Quran. Usai
keadaan menjadi reda, Tok Guru bertanya kepada kanak-kanak yang berani itu.
“Kenapa kamu tidak lari semasa budak-budak semua lari?”
Kanak-kanak itu tidak menjawab, malah menyoal balik.
“Tok, kalau saya mati semasa baca Al-Quran, saya mati syahid
kan?”
Tok Guru terdiam lalu tersenyum. Kepala kanak-kanak itu
diusap lalu dipeluk. Inilah pengertian SYAHID yang sebenarnya.
(Banteras I.S)
Monday, March 2, 2015
Langkah-langkah Menghadapi GST
Pagi-pagi, buka tv, keluar berita GST. Pergi kerja, singgah kedai, baca surat khabar, GST. Sampai di tempat kerja, On komputer, buka email, dapat job, GST.
GST ni macam hantulah. Menakutkan. Bukan saya tak sokong, bukan juga saya menyokong. Sebagai rakyat, kita terpaksa mengikut majoriti. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang dikenakan GST. Satu Malaysia dikenakan GST. Jadi, nak tak nak, marilah kita mengharunginya bersama-sama. Adil kan.
Pagi tadi, tergerak hati saya merancang perbelanjaan menjelang GST. Ada juga tanya kawan-kawan, minta pendapat. Maka terhasillah Langkah-langkah Menghadapi GST:
- Pasang Panel Solar diatas bumbung rumah anda. Tahukah anda? Bahawa bumi menyerap 174 pettawatts radiasi matahari? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih dari cukup sumber tenaga elektrik percuma untuk setiap rumah didunia.(Sumber:SEDA). Maka, rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kuasa elektrik yang percuma daripada Matahari. Tambahan lagi, Malaysia merupakan negara beriklim panas. Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membazirkan tenaga elektrik yang percuma selama ini.
- Tanam sayur-sayuran dihalaman rumah. Bercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga.
Bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada membeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat menikmati sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur.(Sumber: berhentimembelibelah.blogspot.com) - Kurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Tahukah anda? Sekali pulas kunci dikereta atau motor, suku daripada takungan minyak anda telah digunakan hanya untuk menghidupkan enjin kenderaan. Bayangkan jika anda singgah ke banyak tempat dan semuanya dekat-dekat. Sekejap mati enjin, sekejap hidup enjin. Kemudian, minyak pun habis. Siapa perlu dipersalahkan? Maka, daripada pengajaran ini, kita hendaklah sedar bahawa basikal itu bukan hanya perhiasan dan berjalan kaki itu bukan hanya memenatkan. Basikal dan berjalan kaki itulah yang boleh menjimatkan perbelanjaan petrol yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Insyallah.....
Wednesday, February 11, 2015
Bos Mithali
Suatu pagi yang hening di pejabat. Selepas ‘Briefing’ dengan
Bos Besar.
Bos : Sebagai pereka grafik, awak perlu mempunyai daya
kreativiti yang tinggi. Saya percaya awak boleh lakukan.
Aku : Insyallah, tuan.
Bos : Saya tak nak dengar perkataan tu, saya nak dengar
perkataan lain.
Aku : Err...Subhanallah?
Bos : Saya nak awak cakap boleh, boleh?
Aku : Insyallah, boleh.
Bos : Saya nak dengar perkataan yang betul-betul meyakinkan.
Aku : Erm, Innalillah wa inna lillahirajiun...
Bos Besar terdiam, aku pun cuak. Masa ini dua perkara yang
terlintas difikiranku; samada aku dipecat atau dibaling kasut.
Bos : Awak keluar, saya nak bertaubat jap.
Fuh! Lega, Alhamdulillah....
Tuesday, February 10, 2015
Akibat Celek Marker Merah
Ada seorang lelaki di pejabat aku, suka sangat ‘celek’ sana,
‘celek’sini. Tahu tak celek tu apa? Alah...yang ibu jari kawan jumpa ibu jari
kawan tu. Tidak kira muhrim atau tidak, perempuan atau lelaki (kebanyakkannya
perempuanlah), semuanya hendak dicelek. Konon-konon ‘Happy Go Lucky’,
konon-konon boleh genglah.
Dipendekkan cerita, pada suatu hari, lelaki yang suka
mencelek ini sembang-sembang di kawasan meja aku. Cuba bermesra pula dengan aku
dan rakan-rakan disekeliling. Kami layankan sahaja, tak boleh nak halau sebab
dia ni jenis orang ada JBB (Jawatan Bodek Bos). Tiba-tiba lelaki ini tunjukkan
ibu jari dia kat aku sambil berkata,
“Betul tak? Celek!”.
Aku dah agak dah. Kebetulan pula, ada marker merah atas meja
aku. Entah macamana, aku pun marker merah pada ibu jari lelaki tersebut. Semuanya
berlaku dengan begitu pantas.
“Eh! Kau dah kenapa?!” balas lelaki itu separuh menjerit.
“Maaf, saya tak boleh sentuh encik, Muhrim” aku cuba jawab
dengan tenang.
“Eleh! Celek je...”
“Maaf, saya tak boleh celek encik, Muhrim” aku jawab
walaupun dalam nada ketakutan.
“Hek eleh.....kau ingat kau tu suci sangat...nanti kau tau
siapa aku sebenar....!$#$%^$&^!!....#&*%$...” panjang maki hamun lelaki
itu sambil berlalu pergi.
Sejak hari itu, banyak juga kerja aku kena sabotaj. Berbulan-bulan
lelaki itu menyusahkan aku. Kadang-kadang, terpaksa aku ‘Overtime’ demi
menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Sepanjang tempoh penganiayaan ini,
banyak kali juga Si Lelaki Celek itu keluar makan tengahari dengan Bos Besar. Bergurau-senda,
ketawa besar, berdekah-dekah sampai macam nak roboh siling pejabat ini. Sengaja
nak menyakitkan hati aku.
Makin hari, makin aku letih. Namun, alhamdulillah, banyak
juga kerja aku siap. Cuma nak kemaskini sikit-sikit. Tekanan stress selama ini
pun beransur reda. Cuma aku agak keletihan, dengan muka pucat dan baju yang tak
bergosok, mencemarkan sikit penampilan aku kebelakangan ini.
Lama – kelamaan Bos Besar perasan akan prestasi kerja aku. Dengan
nada serius, aku dipanggil ke pejabat bos besar. Dalam kepala otak aku, aku dah
terbayang dah yang aku akan dipecat. Si Lelaki Celek itu menyanyi-nyanyi
keriangan, sengaja nak menyakitkan hati aku lagi.
Aku melangkah masuk ke ruang pejabat Bos Besar. Kaki dah
menggigil dah ni. Entah apa akan terjadi? Tawakal sajalah.
“Awak tau kenapa awak dipanggil?” tanya Bos Besar.
“Tak tau, tuan....”jawab aku dengan airmata yang mula
bergenang.
“Kalau tuan hendak memecat saya, saya sedia terima keputusan
tuan....”
“Siapa nak pecat awak?” tiba-tiba Bos Besar menyergah.
“Syarikat masih perlukan perkhidmatan awak. Saya nak
naikkan pangkat awak ni. Tak nak ke?” tambahnya lagi.
Aku tergamam, berbaloi juga kesabaran aku selama ini. Bos besar
kata, dah lama dia perhatikan aku bekerja. Walaupun aku dihentam, disabotaj dan
dianiaya, aku tetap menjalankan tanggunggjawab aku dengan sebaik-baiknya. Rugilah
syarikat kalau orang seperti aku dihentikan kerja.
Wah! Terasa amat! Amat! Amat! Dihargai!
Syukur kepada-Mu, Ya Allah, Alhamdulillah....
Akhirnya, Si Lelaki Celek itu tak dapat sabotaj aku lagi. Pandang
aku pun dah tak berani dah. Tetapi masih lagi dengan perangainya yang suka
mencelek.
Tuesday, February 3, 2015
Kejayaan Besar bermula dari Usaha Kecil
Ibarat benih pokok Rambutan. Bermula dari usaha yang kecil, bertunas, kemudian mengharungi cabaran panas terik, ribut petir, hujan lebat dan sebagainya. Ia tidak berputus asa untuk membesar. Akhirnya, ia berbunga, seterusnya berbuah. Memberi manfaat kepada semua kehidupan yang berada disekelilingnya. Insyallah, aku akan berusaha seperti benih pokok rambutan.
Wednesday, January 7, 2015
Salam Tahun Baru
Salam Tahun Baru Semua.....
Banyak sangat perkara yang tidak diingini berlaku pada negara kita yang tercinta pada tahun 2014. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberikan hidayah kepada kita semua. Walaubagaimanapun, janganlah berputus asa, pasti ada hikmahnya. Tuliskanlah 10 azam anda dan laksanakanlah apa yang termampu. Ingat! Tuliskan perkara-perkara yang baik sahaja. Insyallah,
azam anda akan terlaksana.....
Thursday, November 13, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Novel : KABAYAN
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata...
-
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...








