Wednesday, April 29, 2015

Tahniah, jika ada lelaki terima cabaran wanita ini

Dalam satu pertemuan 'Blind Date', setelah lama berbual bertanya tentang diri masing-masing. Akhirnya Si Wanita, memberi 'hint':

Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.

Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.

Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.

10 Perkara Aku Kena Buat Sebelum Terlambat


  1. Belajar mngaji Al-Quran.
  2. Berbuat baik dengan ibu bapa.
  3. Selesaikan segala hutang yang aku ada.
  4. Memaafkan orang lain dan memadamkan segala hasad dengki sebelum tidur malam.
  5. Menjauhi segala perbualan yang sia-sia (mengumpat, mencarut, dan sebagainya).
  6. Bersabar dan menahan kemarahan.
  7. Memperbanyakkan sedekah.
  8. Tidak berdendam, tidak membenci orang lain, dan juga tidak mengkhianati/menganiayai orang lain.
  9. Mendoakan kebaikan kepada sesama orang Islam.
  10. Senyum selagi boleh senyum.

Thursday, April 2, 2015

Tips Perbelanjaan 1 per 3.


Alhamdulillah, dah lama aku amalkan cara perbelanjaan ini. Sekarang hutang PTPTN aku tinggal sikit je. Insyallah, tahun depan habis aku bayar. Semoga dapat ia dikongsikan bersama dan membawa manfaat kepada orang ramai. Amin.

Monday, March 30, 2015

Apa jenis Babun ni?

"These Type of Baboon is Everywhere....Just Don't Act One", inilah apa yang akan aku katakan setiap kali jikalau ada kawan-kawan aku mengadu bahawa dia disisihkan, dipulaukan atau dimarahi oleh mana-mana pihak atas kesalahan kecil sahaja. Aku seakan mengerti apa perasaan mereka dan aku selesa menjadi pendengar masalah mereka, kerana aku pernah melalui apa yang mereka sedang lalui. Terus terang aku dah biasa jadi 'Loner' sejak daripada kecil lagi. Aku ada banyak adik-beradik dan aku merupakan anak tengah (ke-4). Pernah dengar tak? Anak tengah ni selalu tak dapat perhatian keluarga. Aku sokong kenyataan tersebut.

Berbalik kepada perkara diatas, 'Babun'. Apa yang dimaksudkan dengan babun ni? Pernah tengok tak babun mengamuk? Pernah tengok cerita kartun Tarzan Walt Disney, yang ada adegan babun mengamuk tu? Tercungap-cungap Jane dan Tarzan melarikan diri dari serangan kengkawan babun sebab nak dapatkan lukisan anak babun tu je. Begitulah sikap sesetengah manusia di dunia ni. Asal ada salah sikit je, mula diperbesarkan, kemudian buat 'Group' (bukan utk menyelesaikan masalah, tetapi utk mengumpat). Selepas itu, pulaukan, tak bertegur sapa dan senyum pun tidak. Daripada tindakan ini sahaja dah mendatangkan Dosa Besar. Apa Dosa Besarnya? Pertama, mengumpat. Kedua, memutuskan Silaturahim. Dah dua Dosa Besar mereka buat, ingat senang nak hapuskan dosa besar ni?

Minta maaflah sebelum terlambat....

Baik bebenor ke perangai pulau-pulaukan orang ni. Setahu aku, orang yang layak dipulaukan ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Ini bukan aku reka-reka sendiri, memang ada tercatat dalam Al-Quran, surah An-Nisa. Aku pernah dipulaukan, dah banyak kali dah dan aku dah lali kena dipulaukan. Mungkin ini ujian aku di dunia, Insyallah aku boleh menghadapinya dengan penuh redha. Amin...

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perasaan aku akibat kesan dipulaukan. Aku rasa kesunyian dan kesepian. Walau kemana saja aku pergi, aku sentiasa berharap ada orang tegur aku, hakikatnya pada hujung perjalanan aku dapati bahawa aku hanya berjalan bersendirian.

Babun-babun ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar akan perbuatan mereka kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Semoga mereka diberikan hidayah suatu hari nanti dan kepada mereka yang sering dipulaukan diluar sana, bergantung haraplah sehebat-hebatnya kepada Allah s.w.t. Jika terasa kesunyian, berinteraksilah dengan Allah s.w.t. melalui solat. Jika terasa kekosongan, berkomunikasilah dengan Allah s.w.t. melalui Al-Quran. Allah maha Melihat, Allah maha Mendangar, Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Maka mengadulah kepada Allah sehebat-hebatnya.

Selamat di dunia dan di akhirat. Insyallah....

Friday, March 27, 2015

10 Perkara Yang Menyedihkan Aku jika


  1. Aku menasihati orang supaya berbuat baik tetapi aku sendiri yang tidak berbuat baik. Cakap tak serupa Bikin.
  2. Aku buat perjanjian, tetapi aku sendiri gagal melaksanakannya.
  3. Aku bersedekah sambil 'selfie', kemudian sebarkan ke media sosial.
  4. Aku jadi Petrol (penyebab orang lain bergaduh). Bagaikan api disimbah petrol. Faham?
  5. Aku ada ilmu, tetapi aku kedekut ilmu.
  6. Aku mencapai kejayaan hari ini, 10 tahun akan datang, aku masih membanggakannya lagi.
  7. Aku makan sampai habis, tapi aku cakap, "Tak sedap la lauk ni..."
  8. Aku masih ada ibubapa, tapi aku buat-buat macam tak ada.
  9. Aku ada harta, tapi aku kedekut harta.
  10. Aku buat tak tau, kalau ada kucing datang minta makan.

Wednesday, March 18, 2015

10 perkara aku tidak perlu menyesal.

  1. Aku berhenti kerja dari Industri Perhotelan. - Ini kerana aku tak tahu duit gaji yang aku perolehi sama ada berkat atau tidak. Salah satu kerja yang aku buat ialah mengiklankan Arak. Insyallah, satu hari nanti aku dapat membayar zakat dengan rezeki yang lebih berkat.
  2. Aku diceraikan Suami. - Memang perit dan sedih, tetapi bukan aku yang minta cerai. Malah aku tidak nusyuz dan tidak curang. Alhamdulillah, peristiwa ini lebih mendekatkan aku kepada Allah s.w.t. 
  3. Aku menjalani Pemeriksaan Mental di Hospital Permai. - Terbukti aku tidak mempunyai tanda-tanda penyakit mental, namun aku insaf atas apa yang aku lihat disana. Mereka (org. gila) mempunyai masalah yang jauh lebih hebat dari aku. Salah satu cerita yang aku dengar, seorang pesakit disana kehilangan anak, puas mencari tapi tak jumpa. Akhirnya tidak dapat berfikiran waras dan terdampar di Hospital Permai dan tidak ada sesiapapun ahli keluarganya yang ambil peduli.
  4. Aku ditahan kerana dituduh Mendera Anak. - Di dalam Kesusahan pasti ada Kesenangan. Semasa aku ditahan, pihak polis dah 'check' anak aku, memang tak de sebarang tanda anak aku didera. Tetapi bekas suami aku masih tidak berpuas hati, lalu pihak polis keluarkan arahan supaya aku dan anak aku ditahan di hospital 24jam supaya pihak hospital dan JKM dapat menjalankan siasatan. Jadi kesenangan yang aku dapat ialah meluangkan masa bersama anak aku selama 24jam tanpa ada sebarang gangguan. Makan dan minum disediakan. Tempat tidur dan bilik mandi semua tersedia rapi untuk kegunaan aku dan anak aku, macam tinggal kat hotel lak rasa. Keesokannya, aku dilepaskan dengan keputusan Tiada Sebarang Kesan Dera Pada Kanak-kanak, Malah Kanak-kanak Kelihatan Riang Bersama Ibu Kandungnya. Inilah kenangan paling indah dalam hidup aku.
  5. Aku berhabis duit mempertahankan Hak Aku. - Semuanya membuahkan hasil. Semuanya adalah Hikmah daripada Allah s.w.t. Makin aku berhabis duit, makin luas rezeki yang aku terima. Tak kira la dalam apa-apa bentuk, duit, makanan, jawatan, dan sebagainya. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepada-Mu, Engkaulah Penyelamat ku selama ini.
  6. Cuti tahunan habis kerana turun-naik Mahkamah. - Mula-mula aku bersedih juga, tiba-tiba kerajaan Johor mengumumkan cuti Jumaat dan Sabtu pada 2014. Sekali lagi, inilah kuasa Allah s.w.t., Maha Kuasa, mampu mengubah hati dan permikiran seseorang dengan mudah saja. Perubahan ini memberi manfaat kepada ku, Allah Maha Memahami hamba-Nya. Subhanallah.
  7. Aku hanya berpeluang menyusukan anak sebanyak 3 kali sahaja. - Walaubagaimanapun, anak aku tetap mencari aku. Bila aku baca kisah nasib kanak-kanak di India, bagaimanalah jika anak aku yang mengalami nasib seperti ini? Kebuluran dan tidak dapat merasai susu ibu langsung. Mereka terlalu kurus untuk membesar seperti kanak-kanak lain, kalau ada yang membesar pun mengalami kecacatan tumbesaran. Kecacatan yang macamana, aku tidak tahu. Tapi kalau dah kurus sangat sampai nampak rangka je, memang macam-macam kecacatan yang boleh berlaku. Inna lillah wa inna lillahi ra ji un.... 
  8. Aku kerap mengalami kemalangan. - Percaya atau tidak, kemalangan ini semua mengajar aku erti kesabaran. Bukan senang nak praktikkan sifat sabar ini. Bukan senang.
  9. Aku banyak menangis. - Menangislah ditengah malam, mencari simpati, mencari kasih, mencari tempat mengadu, mencari ketenangan daripada Tuhan yang Maha Mulia, Allah s.w.t.
  10. Aku tidak mempunyai ramai kawan. - Kawan yang sebenar kawan ialah Al-Quran. Percayalah, Al-Quran akan menjaga kita, bukan setakat Dunia saja malah Akhirat.

Wednesday, March 11, 2015

Suka-suka!


Apa yang korang perlu buat?
Tukar nama korang kepada karakter yang terpapar kat atas.

Contoh:
KIN = MeKiTo

Enjoy!

Amuk VS Syahid

Ada seorang pemuda sedang mendalami Ilmu Silat Kebal. Dia mempelajarinya atas tujuan mempertahankan diri namun hari demi hari niat asalnya makin terpesong. Dia mulai suka bergurau senda secara kasar dan mencabar orang-orang disekelilingnya agar bertarung dengannya. Setelah beberapa pertarungan berlaku, pemuda itu menang dengan begitu mudah sekali. Semakin hari berlalu, semakin banyaklah pertarungan yang berlaku. Seiring dengan sikap sombong dan bongkaknya yang makin menggunung. Begitu juga dengan sikap panas barannya yang semakin sukar dikawal. Ada sahaja benda yang tak kena. Kopi panas tertumpah sikit pun sudah boleh menyebabkan dia mengamuk tak tentu hala.

Sehingga suatu masa, pemuda itu tidak mampu lagi mengawal dirinya. Parang ditangan diasah setajam-tajamnya. Sedikit demi sedikit kenang-kenangan yang menyakitkan hati mula menghantui fikirannya, sambil membakar api dendam yang disimpan selama ini. Semua orang salah! Semua orang salah! Berulang-ulang laungan ini bermain difikirannya. Tiba-tiba pemuda itu berteriak sekuat-kuatnya. Sambil meracau-racau, habis satu-persatu ahli keluarganya parah dicederakan. Kemudian, dia pun berlari ke luar rumah. Selagi ada orang yang bertembung dengannya, habis dilibas dengan parang. Ada yang mati, ada yang cedera parah.

Pemuda itu terus berlari dan berlari hingga ke sebuah Pondok Mengaji yang sedang dihuni oleh ramai kanak-kanak yang sedang mengaji Al-Quran. Marah akan bunyi bising ngajian kanak-kanak itu, pemuda itupun terus melompat masuk ke dalam kelompok kanak-kanak tersebut. Bertempiaran lari kesemua kanak-kanak itu kecuali seorang kanak-kanak yang masih lagi meneruskan bacaan Al-Quran di satu sudut hujung pondok. Pemuda amuk itu  menghampiri kanak-kanak tersebut, ingin sahaja dilibas kepala kecil itu. Namun, pergerakannya seakan-akan dihalang. Pemuda itu hanya dapat membuka bunga silat disekeliling kanak-kanak yang masih lagi setia membaca Al-Quran itu. Setiap kali hendak melibas, pemuda itu seakan ditarik kebelakang. Menyedari akan keadaan itu, beberapa orang Tok Guru yang tahu mematikan ilmu kebal cepat-cepat mengambil kesempatan menjatuhkan pemuda itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak itupun selamat. Tiada sedikitpun kecederaan.

Seorang pemuda kebal yang tidak pernah kalah didalam pertarungan, kini dikalahkan oleh kanak-kanak yang hanya sedang membaca Al-Quran. Usai keadaan menjadi reda, Tok Guru bertanya kepada kanak-kanak yang berani itu.
“Kenapa kamu tidak lari semasa budak-budak semua lari?”
Kanak-kanak itu tidak menjawab, malah menyoal balik.
“Tok, kalau saya mati semasa baca Al-Quran, saya mati syahid kan?”

Tok Guru terdiam lalu tersenyum. Kepala kanak-kanak itu diusap lalu dipeluk. Inilah pengertian SYAHID yang sebenarnya.

(Banteras I.S)

Monday, March 2, 2015

Langkah-langkah Menghadapi GST


Pagi-pagi, buka tv, keluar berita GST. Pergi kerja, singgah kedai, baca surat khabar, GST. Sampai di tempat kerja, On komputer, buka email, dapat job, GST.

GST ni macam hantulah. Menakutkan. Bukan saya tak sokong, bukan juga saya menyokong. Sebagai rakyat, kita terpaksa mengikut majoriti. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang dikenakan GST. Satu Malaysia dikenakan GST. Jadi, nak tak nak, marilah kita mengharunginya bersama-sama. Adil kan.

Pagi tadi, tergerak hati saya merancang perbelanjaan menjelang GST. Ada juga tanya kawan-kawan, minta pendapat. Maka terhasillah Langkah-langkah Menghadapi GST:
  1. Pasang Panel Solar diatas bumbung rumah andaTahukah anda? Bahawa bumi menyerap 174 pettawatts radiasi matahari? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih dari cukup sumber tenaga elektrik percuma untuk setiap rumah didunia.(Sumber:SEDA). Maka, rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kuasa elektrik yang percuma daripada Matahari. Tambahan lagi, Malaysia merupakan negara beriklim panas. Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membazirkan tenaga elektrik yang percuma selama ini.
  2. Tanam sayur-sayuran dihalaman rumahBercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga. 
    Bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada membeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat menikmati sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
    Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur.(Sumber: berhentimembelibelah.blogspot.com)
  3. Kurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Tahukah anda? Sekali pulas kunci dikereta atau motor, suku daripada takungan minyak anda telah digunakan hanya untuk menghidupkan enjin kenderaan. Bayangkan jika anda singgah ke banyak tempat dan semuanya dekat-dekat. Sekejap mati enjin, sekejap hidup enjin. Kemudian, minyak pun habis. Siapa perlu dipersalahkan? Maka, daripada pengajaran ini, kita hendaklah sedar bahawa basikal itu bukan hanya perhiasan dan berjalan kaki itu bukan hanya memenatkan. Basikal dan berjalan kaki itulah yang boleh menjimatkan perbelanjaan petrol yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Wah! Sudah macam berhujah artikel saya kali ini. Semoga tips-tips perbelanjaan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Dan jika ada idea perbelanjaan yang lebih bernas, sudi-sudilah dikongsikan bersama. Selagi ia membawa kebaikan.

Insyallah.....

Wednesday, February 11, 2015

Bos Mithali

Suatu pagi yang hening di pejabat. Selepas ‘Briefing’ dengan Bos Besar.

Bos : Sebagai pereka grafik, awak perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Saya percaya awak boleh lakukan.
Aku : Insyallah, tuan.
Bos : Saya tak nak dengar perkataan tu, saya nak dengar perkataan lain.
Aku : Err...Subhanallah?
Bos : Saya nak awak cakap boleh, boleh?
Aku : Insyallah, boleh.
Bos : Saya nak dengar perkataan yang betul-betul meyakinkan.
Aku : Erm, Innalillah wa inna lillahirajiun...

Bos Besar terdiam, aku pun cuak. Masa ini dua perkara yang terlintas difikiranku; samada aku dipecat atau dibaling kasut.

Bos : Awak keluar, saya nak bertaubat jap.

Fuh! Lega, Alhamdulillah....

Tuesday, February 10, 2015

Akibat Celek Marker Merah

Ada seorang lelaki di pejabat aku, suka sangat ‘celek’ sana, ‘celek’sini. Tahu tak celek tu apa? Alah...yang ibu jari kawan jumpa ibu jari kawan tu. Tidak kira muhrim atau tidak, perempuan atau lelaki (kebanyakkannya perempuanlah), semuanya hendak dicelek. Konon-konon ‘Happy Go Lucky’, konon-konon boleh genglah.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, lelaki yang suka mencelek ini sembang-sembang di kawasan meja aku. Cuba bermesra pula dengan aku dan rakan-rakan disekeliling. Kami layankan sahaja, tak boleh nak halau sebab dia ni jenis orang ada JBB (Jawatan Bodek Bos). Tiba-tiba lelaki ini tunjukkan ibu jari dia kat aku sambil berkata,
“Betul tak? Celek!”.
Aku dah agak dah. Kebetulan pula, ada marker merah atas meja aku. Entah macamana, aku pun marker merah pada ibu jari lelaki tersebut. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.
“Eh! Kau dah kenapa?!” balas lelaki itu separuh menjerit.
“Maaf, saya tak boleh sentuh encik, Muhrim” aku cuba jawab dengan tenang.
“Eleh! Celek je...”
“Maaf, saya tak boleh celek encik, Muhrim” aku jawab walaupun dalam nada ketakutan.
“Hek eleh.....kau ingat kau tu suci sangat...nanti kau tau siapa aku sebenar....!$#$%^$&^!!....#&*%$...” panjang maki hamun lelaki itu sambil berlalu pergi.

Sejak hari itu, banyak juga kerja aku kena sabotaj. Berbulan-bulan lelaki itu menyusahkan aku. Kadang-kadang, terpaksa aku ‘Overtime’ demi menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Sepanjang tempoh penganiayaan ini, banyak kali juga Si Lelaki Celek itu keluar makan tengahari dengan Bos Besar. Bergurau-senda, ketawa besar, berdekah-dekah sampai macam nak roboh siling pejabat ini. Sengaja nak menyakitkan hati aku.

Makin hari, makin aku letih. Namun, alhamdulillah, banyak juga kerja aku siap. Cuma nak kemaskini sikit-sikit. Tekanan stress selama ini pun beransur reda. Cuma aku agak keletihan, dengan muka pucat dan baju yang tak bergosok, mencemarkan sikit penampilan aku kebelakangan ini.

Lama – kelamaan Bos Besar perasan akan prestasi kerja aku. Dengan nada serius, aku dipanggil ke pejabat bos besar. Dalam kepala otak aku, aku dah terbayang dah yang aku akan dipecat. Si Lelaki Celek itu menyanyi-nyanyi keriangan, sengaja nak menyakitkan hati aku lagi.
Aku melangkah masuk ke ruang pejabat Bos Besar. Kaki dah menggigil dah ni. Entah apa akan terjadi? Tawakal sajalah.
“Awak tau kenapa awak dipanggil?” tanya Bos Besar.
“Tak tau, tuan....”jawab aku dengan airmata yang mula bergenang.
“Kalau tuan hendak memecat saya, saya sedia terima keputusan tuan....”
“Siapa nak pecat awak?” tiba-tiba Bos Besar menyergah.
“Syarikat masih perlukan perkhidmatan awak. Saya nak naikkan pangkat awak ni. Tak nak ke?” tambahnya lagi.

Aku tergamam, berbaloi juga kesabaran aku selama ini. Bos besar kata, dah lama dia perhatikan aku bekerja. Walaupun aku dihentam, disabotaj dan dianiaya, aku tetap menjalankan tanggunggjawab aku dengan sebaik-baiknya. Rugilah syarikat kalau orang seperti aku dihentikan kerja.

Wah! Terasa amat! Amat! Amat! Dihargai!

Syukur kepada-Mu, Ya Allah, Alhamdulillah....


Akhirnya, Si Lelaki Celek itu tak dapat sabotaj aku lagi. Pandang aku pun dah tak berani dah. Tetapi masih lagi dengan perangainya yang suka mencelek.

Tuesday, February 3, 2015

Kejayaan Besar bermula dari Usaha Kecil


Ibarat benih pokok Rambutan. Bermula dari usaha yang kecil, bertunas, kemudian mengharungi cabaran panas terik, ribut petir, hujan lebat dan sebagainya. Ia tidak berputus asa untuk membesar. Akhirnya, ia berbunga, seterusnya berbuah. Memberi manfaat kepada semua kehidupan yang berada disekelilingnya. Insyallah, aku akan berusaha seperti benih pokok rambutan.

Wednesday, January 7, 2015

Salam Tahun Baru

Salam Tahun Baru Semua.....

Banyak sangat perkara yang tidak diingini berlaku pada negara kita yang tercinta pada tahun 2014. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberikan hidayah kepada kita semua. Walaubagaimanapun, janganlah berputus asa, pasti ada hikmahnya. Tuliskanlah 10 azam anda dan laksanakanlah apa yang termampu. Ingat! Tuliskan perkara-perkara yang baik sahaja. Insyallah,
azam anda akan terlaksana.....

Thursday, November 13, 2014

FIKIRkanlah....

Wahai teman-teman, fikirlah dahulu sebelum berkata-kata.
Adakah ia benar? Adakah ia membantu? Adakah ia memberi galakan? Adakah ia perlu? Adakah ia baik?



Tuesday, July 1, 2014

Allah Bersamamu (Untukmu Palestin)

Kibarkan panjimu
Jangan letih
Walau.... kau terluka

Hentikan tangismu
Ayuh bangun
Walau.... kau berduka

Syurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu.....

Korus:
Jangan gentar, jangan goyah
Allah ada bersamamu

Sayang jangan, berputus asa
Allah selalu bersamamu

Pertahankan tanah airmu
Wahai para pejuang

Bersabarlah, wahai teman
Allah tetap bersamamu

oooo..iyeah..oooo...Allah kan bersamamu....
  
Teguhkan hatimu
Jangan takut
Ayuh....berjuanglah

Tetapkan hatimu
Jangan gugur
Allah....kan bersamamu

Syurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu....

Wednesday, June 4, 2014

Tekanan Darah Rendah 3

Setelah beberapa perkara berlaku kepada aku, aku buat sedikit Research tentang rawatan penyakit Tekanan Darah Rendah. Ada beberapa petua yang boleh diikuti:
  1. Jangan bersilang kaki ketika duduk. Amalkan memakai stokin untuk mengelakkan kesejukan. Jika anda kesejukan, pergi ke tempat yang tidak sejuk seperti luar pejabat. Elakkan dari tempat yang berhawa dingin.
  2. Lakukan sedikit senaman. Oleh kerana pesakit TDR tidak digalakkan melakukan senaman jenis berat, maka lakukan senaman jenis ringan seperti ketika anda duduk secara tegak, perlahan-lahan tundukkan kepala anda hingga mencecah kepala lutut. Lakukan 2-3 kali.
  3. Banyakkan makan makanan yang sihat. Biarlah berbelanja besar sedikit, Daging Merah dan Broccoli antara makanan yang cepat menghasilkan darah dalam badan. Terus-terang, aku bukanlah seorang pemakan sebab itu aku dapat penyakit ini. Jadi amalkanlah pemakanan yang seimbang, rujuk jadual pemakanan seimbang. Ingat! Sekali anda diserang apa-apa jenis penyakit, pembelanjaannya adalah lebih besar daripada apa yang anda jangkakan.
  4. Jadual Pemakanan Seimbang.
    Minum air mineral sebanyak mungkin. Sekali-sekala minum 100Plus. Kalau boleh, sentiasa bawa botol 3Liter air masak ke mana sahaja anda pergi. Banyak manfaatnya, percayalah.
  5. Berdoa, Solat, dan bertawakal. Amalkan Doa Nabi Ayub. Insyallah, hidup sentiasa sihat dan berkat.
*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Tuesday, June 3, 2014

Tekanan Darah Rendah 2

Pada hari Jumaat, 30/5/2014.
Aku jatuh sakit lagi pada minggu yang sama. Kali ini di pejabat. Pejabat aku biasalah berhawa dingin, tetapi kali ini aku benar-benar tidak tahan hawa dingin 27 darjah celsius itu. Lalu aku bersembunyi di bawah meja, sambil menggigil kesejukan. Satu kerja rakan-rakan pejabat cari aku, akhirnya jumpa juga aku di bawah meja. Aku dibenarkan berehat di pantry, macam serangan Hypotension yang sebelum ini cuma aku tak pengsan saja. Tidak lama kemudian, kakak dan ayah sampai. Aku terus dihantar ke hospital. Di hospital inilah ketahanan badan aku benar-benar teruji, sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku dikehendaki baring di atas katil, kemudian dikehendaki kumpul air kencing, kemudian aku kena cucuk jarum pula, 2 tempat, 1 di bahu, 1 lagi di belakang tapak tangan. Baru aku dibenarkan tidur. Tidur pun tak lena sebab aku amat kesejukan dan juga bekas cucukan jarum membuatkan aku tidak selesa. Bagaimanapun aku cuba tidur, tidur, tidur, tidur, dan ahli keluarga aku pun sampai. Walaupun dalam keadaan kabur, aku dibenarkan keluar hospital. Aku dinasihatkan supaya makan lebih banyak, Insyallah aku makan dengan lebih banyak. Sampai di rumah, anak aku minta dukung dan aku pun dukung, masuk bilik, jumpa katil, dan lepas itu aku tak ingat apa-apa lagi dah.......yang aku tahu, bangun pagi, tengok cermin, dan muka aku penuh dengan dakwat pen.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Monday, June 2, 2014

Tekanan Darah Rendah 1

Sakit, sakit, sakit.
Hampir setiap bulan aku jatuh sakit. Aku pun makin risau. Risau dengan macam-macam benda, kerjaya + periuk nasi + kesihatan + keperluan harian + ibadah harian, dan sebagainya. Salah aku juga. Ketika aku sihat banyak kerja yang aku tangguh, akibatnya pada saat-saat terakhir aku kelam-kabut, sehingga makan minum aku tidak terjaga. Lalu aku pun jatuh sakit, dan disahkan mengalami Tekanan Darah Rendah.

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, aku diserang Hypotension (Tekanan Darah Rendah). Pada pagi itu, aku bangun dari tidur, ketika aku hendak bangun, aku tak boleh bangun. Kepala aku sakit sangat dan aku juga rasa seperti otak aku bergegar. Aku cuba juga bangun namun gagal, kaki aku tidak dapat merasa lantai yang dipijak. Pada masa yang sama juga, anak aku bangun. Aku tidak dapat membaca fikirannya, dia sungguh gembira melihat kelakuan aku yang sedang menahan sakit. Sedang aku merangkak menuju ke tangga, anak aku naik atas badan aku, menghenjut-henjut gembira, aku pun rebah ke lantai dan berpura-pura pengsan. Anak aku tarik-tarik tangan aku sambil merengek-rengek, melihat riak wajahnya aku tidak sampai hati untuk mengendahkan kehendaknya. Dia masih kecil, masih tidak faham jika ibunya sakit. Aku duduk di tangga, perlahan-lahan menghulurkan kaki menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba anak aku pun mengikut cara aku turun tangga, siap ajak aku berlumba. Sudah tentulah dia menang, dia sihat, aku sakit. Sampai di hujung tangga, aku cuba berdiri lagi. Usai aku berdiri, telinga aku macam kena tutup dengan kapas tebal, otak aku macam tergelincir, dan mata aku macam ada orang tutup suis lampu. Seterusnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa

Tuesday, April 29, 2014

Sambungan Communication Fail!

Hari ini, waktu makan tengahari, aku berjumpa dengan Munah lagi. Senyum dan ceria. Alhamdulillah....kali ini dia makan habis....Tamat

Friday, April 25, 2014

Communication Fail!

Sejak ada anak,
Sejak dah bekerja,
Sejak berhijrah....

Alhamdulillah....aku semakin tenang....

Cuma satu je....aku masih gagal berkomunikasi
Dah jelas sangat, aku bukan seperti orang lain
Boleh berbual tanpa ada sebarang masalah

Aku ada masalah berkomunikasi,
Aku tidak pandai berkawan, sebab itu aku tiada kawan...
Pasti ada hikmahnya....

Aku yakin setiap kejadian Allah s.w.t pasti ada kebaikannya....
Tiada Kawan, boleh jadi ini kelemahan, boleh jadi juga ini kekuatan aku...

Aku pernah berjumpa dengan orang yang sentiasa berteman. Munah (bukan nama sebenar) sentiasa kelihatan ceria disamping rakan-rakannnya. Setiap kali berjumpa dengan aku, mesti ada seorang dua rakan mendampinginya. Pada suatu hari, Munah bertembung dengan aku di sebuah restoran, untuk makan tengahari. Munah bersendirian kali ini, tapi dia menegur aku dengan mesra sekali. Aku pun ajak dia makan sekali. Sepanjang makan tengahari, banyak betul perkara Munah bercerita. Aku yang sudah biasa makan seorang diri, tak berkata apa-apa pun, hanya sekadar mendengar. Sesekali aku senyum, tanda aku faham dengan cerita Munah. Tiba-tiba aku terpandang Nasi Ayam di pinggan Munah, hanya suku sahaja yang luak. Pinggan aku, tok sah cerita la, ayam tinggal tulang saja. Aku pun tegur Munah.
"Kenapa tak habis nasi ayam tu?"
"Erm, kita memang selalu macam ni, selalu tak habis makan, dah macam-macam dah kita buat, tapi macam ni je la...." jawab Munah.
"Lain kali makan baca Bismillah, jangan lupa doa makan sekali"
"Eh, kan kita dah baca tadi, akak nak ayam kita?"
"Tak nak, akak dah kenyang....."
"Macam ni la kita kak, macam mana badan nak besar kan?"
Aku perhatikan susuk tubuhnya. Aku rasa aku yang lebih kurus. Munah terus menghirup Milo Ais, sebaik habis bercakap. Sekarang giliran aku pula bercakap.
"Sepatutnya...sebelum pesan pada waitor tadi, Munah kena cakap pada waitor tu, nasi kasi suku je, cakap ngan dia saya ada masalah penghadaman, lepas tu jangan order air milo, lebih baik kalau Munah order limau suam. Air milo cepat mengenyangkan......"
"Kak, Munah pergi dulu eh, ada kerja ni...." aku belum habis bercakap, Munah dah minta diri. Aku terfikir sendirian samada aku salah cakap ke atau aku cakap benda yang betul tapi orang tak mahu terima kenyataan?

Sekali lagi aku bersendirian hanya kerana berkata-kata yang tak sampai 5 minit pun. Aku tak tahu cara berbual orang sekarang. Kalau mengumpat, siap ada sambung-menyambung. Tetapi kalau berbual biasa dimasukkan sedikit elemen ilmiah, mulalah minta diri malah ada juga yang membantah. Kesimpulan cerita, aku tahu apa yang aku nak cakap tetapi aku tak tahu macamana cara nak cakap.


Monday, April 21, 2014

Aku dah Semakin bukan Diri Aku yang dulu.....

  1. Aku dah semakin suka tumbuh-tumbuhan, kalau dulu pijak tanah pun aku dah geli. Tapi sekarang aku dah mula bercucuk tanam. Mak aku pun hairan, tiba-tiba aku pegang cangkul, tanam serai, daun sup, dan pokok bunga wangi (tak tahu nama). Setakat ini, aku main tanam saja apa-apa yang boleh membuahkan hasil. Menanam pokok membuatkan aku tenang, mungkin ketika aku bercucuk tanam, aku mendapat bekalan oksigen yang SEGAR dari tumbuh-tumbuhan ini. OKSIGEN, Inilah yang sepatutnya dipanggil terbaik dari ladang.
  2. Sejak dah ada anak, aku suka menghabiskan masa di rumah. Aku dah tak workaholic lagi dah. Aku semakin faham hati dan perasaan Ibu & Ayah aku. Kalau boleh, hari-hari aku nak tengok Ibu & Ayah, dan Anak aku. Tengok muka diorang lama-lama, kalau boleh aku nak minta maaf sekali. Banyak sangat dah kesalahan aku buat pada diorang selama ini. Bila aku tengok diorang ini lama-lama, baru aku sedar. Aku tak perlukan PAKWE pun. BOYFRIEND adalah bukan satu keperluan. IBU & AYAH aku adalah keperluan aku selama ini.
  3. Dulu aku adalah seorang Kaki Wayang. Terus-terang aku boleh tengok wayang seorang diri di panggung wayang. Malang sekali, ada yang anggap aku Kaki Karaoke. Aku bukan Kaki Karaoke! Ok! Aku cuma seorang Kaki Wayang, sampai perkembangan cerita Fast & Furious, aku ambil tahu dengan betul-betul serius. Tapi, sekarang tengok TV pun aku dah tak larat. Paling-paling pun tengok berita atau cerita kartun. Tengok cerita kartun sikit, aku dah boleh ketawa dekah-dekah tu...kalah anak aku. 
  4. Aku dah semakin faham kenapa aku hidup di Dunia ini. Aku perlu teruskan hidup di Dunia, kerana aku akan hidup di Akhirat buat selama-lamanya. Ini semua kerana Allah s.w.t, Dia adalah segalanya. Dia menyayangi ku selama ini. Tetapi aku tidak sedar ketika itu, malah aku berpaling daripada-Nya. Sekarang Dia-lah yang menyelamatkan aku daripada kecelakaan yang menimpa aku selama ini. Solat, Puasa, Al-Quran, dan Malaikat, jangan sesekali dipandang remeh. Cukuplah...segala yang aku buat selama ini. Aku bertaubat. Aku jijik dan malu dengan aku yang dulu. Hidup di Akhirat buat selama-lamanya.....aku tidak tahu samada aku akan hidup di Syurga atau Neraka.

Friday, December 9, 2011

Aku Kembali Menulis!


Dikau begitu memeningkan kepalaku....
Tanpa mu pening pun hilang....
Akan tetapi...kesunyian pula yang menjelma....
Engkau ribut, engkaulah taufan, engkaulah puting beliung yang sedang mengganas di dalam kepala ku ini....
Caramu, tindakanmu, ketangkasanmu, tidak syak lagi gagal dikawal....

Aku ibarat bumi,
Aku terkesima, kaku dan tidak tahu apa yang harus dilakukan....
Lemah dan terkulai layu,
Dan hanya menunggu dihanyutkan air hujan.....

Dikau begitu perkasa, cukuplah daku begitu terseksa...
Usah seksa aku lagi....
Bantu aku dengan tiupan lembut bayu mu,
Usapi aku dengan bisikan kalimah cinta mu....
Dikau ada sifat kemulian itu, nun jauh disudut hatimu.....

Tuesday, October 11, 2011

Cuba amati dulu...
Cuba lihat mataku...
Kau kan tahu...tapi kau kan tetap membisu....(petikan lagu dari Kinaka Honey)

Yeah....makin jiwang kan aku sekarang.....
Alhamdulillah aku semakin tenang kebelakangan ini...
Kerjaya aku...kelam-kabut...
dan dalam kelam-kabut, aku dinaikkan pangkat, aku dapat PC baru ditempat kerja, dan aku jatuh cinta lagi dengan seseorang yang istimewa.

Bersyukur kepada Mu, dikau begitu memahami hamba Mu.

Tuesday, August 9, 2011

Stress!

Kebelakangan ini, aku kerap keletihan.
Bukan kerana puasa. Aku sudah biasa dengan puasa.
Aku letih bagaikan tiada tenaga.

Aku perlukan Istirehat rasanya. Cuti sambil melancong.
Ermmmm....sedap je dengar....Tapi! Bila?!?!

Sunday, July 17, 2011

Kepada Best Friend saya Ajak...

Every now and then
We find a special friend
Who never lets us down
Who understands it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that I've found
I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay

* I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way
Hmm……….. this way

I don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where I go
And I know that you'll be there
Forever more apart of time, you're everywhere
I'll always cares
(Repeat *)

And I'll be right behind your shoulder watching you
I'll be standing by your side and all you do
And I won't ever leave
As long as you believe
You just believe
(Repeat *)

Saturday, June 25, 2011

I'm not cool...

Aku penat, Aku busuk, Aku belum mandi,
Aku sudah bosan dengan apa yang aku buat selama ini,
Aku kembali kesunyian, kembali kepada dunia asal,
Dunia yang hanya penuh dengan imaginasi dan emosi,

Ini...
Bukan apa yang aku inginkan...
Takdir ini amat melukakan....
Dan lukanya teramat dalam, aku boleh mati kerana luka ini....

Bantu aku, sembuhkan luka ini...
Aku tak nak mati hanya kerana luka ini...
Ia sadis!

Sunday, May 1, 2011

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Terus-terang, aku selalu gaduh ngan mak. Tetapi aku tidak pernah tahu ia adalah gangguan Syaitan (Saka). Aku difahamkan adalah berdosa besar apabila kita bergaduh dengan ibu bapa. Jadi, Syaitan (sejak azali tugasnya untuk memesongkan aqidah manusia) akan sedaya-upaya mencari jalan untuk membuatkan kita bergaduh dengan ibu bapa kita sendiri. Aku berharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
 
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara gangguan saka,
  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
  1. Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  2. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur.
  4. Ada rasa kelibat orang lalu.
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Wednesday, April 20, 2011

Ini untuk Ibu ku

sejak dulu,
tiada sepatah kata,
bisa ku gambarkan untuk mu,

sejak dulu,
kata-kata mu terlampau padat,
hendak ku ingat ke mana jua ku pergi,
tetapi terlalu berat untuk di hayati,

akhirnya...
apabila aku sudah dewasa,
kata-kata mu itu sudah terlewat dihayati,
ia sudah berlaku,
semuanya sudah berlaku,

hanya tinggal luka dan parut,
yang memerlukan rawatan,
baik dari hati,
baik dari pil-pil ketenangan,

namun,
aku kuat, tak perlu risau,
aku masih boleh berdiri,
jangan bimbang,

kata-kata mu akan ku pegang,
kan ku sampaikan pula pada anak dan cucu ku,
biar mereka belajar,
erti sebuah kehidupan.

Friday, March 25, 2011

Tak faham dengan diri aku sendiri.

Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

Saturday, March 12, 2011

Tak leh jadik! Kena beli gak!

Hah! peduli apa aku!!!!
Nak beli gak buku Emily the Strange yang tinggal seberapa je kat MPH tu....
tengah lak sale lak tu....

Well....aku akui kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni....
tetapi aku memerlukan sesuatu yang baru untuk dibaca....
bukan setakat surat khabar, bukan setakat berita,
aku memerlukan sesuatu yang tak sama perasaannyer...
Susah nak terangkan.....Ermmm???

Ex-treme!!!! yeah....
Aku perlukan sesuatu yang extreme,
Malangnya aku tak dapat join Ekpidisi mendaki Gunung Lambak esok.
Aku dah janji ngan adik aku nak bawak g Persada. Lagipun aku ada Guitar Lesson pada hari yang sama.

Memang rugi la....Company sponsor tue....

Saturday, February 12, 2011

Illustrasi

Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,

Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,

Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,

Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,

Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,

Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

Thursday, January 13, 2011

10 Perkara Aku Ingin Buat Setiap Hari.

Huh! aku terganggu lagi semasa tidur, dan tak tahu nak buat apa. Banyak benda mengganggu fikiran aku sekarang ini.....so inilah dia hasilnya...
  1. Menunaikan solat fardu 5 waktu.Yup! aku mengaku, solat tak menentu. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Aku bukanlah seorang manusia yang baik.
  2. Menyelesaikan segala tugas / masalah yang melanda. Tugas aku adalah seperti merangka masa depan, aku kena fikir perkara yang orang lain tidak fikir. Susah tu...
  3. Menjaga hati orang dan kawal kemarahan. Aku tak suka marah-marah, dan tak suka dimarahi.
  4. Memperbaiki kemahiran Design. Setiap hari pasti ada teknik baru untuk menghasilkan karya yang cantik. Setuju!!
  5. Simpan 10sen dlm tabung. Simpanan untuk masa tua nanti. Dah kena standby dari sekarang, herk!
  6. Buat artwork / iklan yang Gempak Da Bomb! Percaya tak hasil karya aku dah sampai ke Singapore!
  7. Memperbaiki kemahiran bermain gitar. Kan aku cipta lagu, jadi kenalah berusaha sikit.
  8. Minum Susu. Nak tambah tinggi dah terlambat dah, tapi untuk kekuatan tulang, erm...standby lagi sekali untuk masa tua.
  9. Tak nak picit jerawat. Ha ha ha ha...satu tabiat yang susah aku nak buang.
  10. Menyayangi orang yang menyayangi aku. Siapa sayang aku angkat tangan! Ha ha ha....Aku pasti ada orang diluar sana sedang menyayangi aku.

Tuesday, January 4, 2011

Suka - Suka!

Aku nyanyikan lagu
Lagu sesuka hati
Lagu berentak laju
Selaju kita lari

Dengar suara merdu
Merdu buluh perindu
Jantung pun boleh gugur
Khayalan bagai wujud

Ah! ini hanya puisi
Puisi luahan hati
Puisi kita bersama
Senang-senang dihayati

Kita bising di sana
Kita bising di sini
Hei! hati orang muda
Tiada kamus untuk BERHENTI

Maka,
Rentak ke kanan
Rentak ke kiri
Ikut irama sesuka hati

Friday, December 24, 2010

Ku Pujuk Diriku Sendiri

Engkau misteri...sungguh
Tiada kata untukmu...
Duniamu unik...tiada apa yang bisa digambarkan...

Engkau berbeza...lain daripada yang lain
Benar...tiada apa yang boleh dikatakan...
Hanya kau yang mengerti
tentang dirimu sendiri

Kiranya kau bersedih...
Kau sahaja yang merasainya...
Kau terjatuh, terluka dan berdarah
Engkau juga yang akan merawatinya sendiri....

Jika kau tidak mengendahkannya,
Kau ibarat melemaskan dirimu sendiri,
Terkapai-kapai lemah,
Dan tidak akan ada sesiapapun peduli

Sudah kau tahu,
Apa nasib dirimu,
Sudahlah cukup,
Usah dibiarkan hidupmu dibelenggu kesedihan,
Atau, kau kan sakit tidak tertanggung.

Tuesday, December 7, 2010

Workaholic....

Dah semakin sibuk aku sekarang, hinggakan tiada masa yang boleh diluangkan bersama keluarga. Bukan maksud aku untuk menjauhkan diri daripada mereka. Aku hanya ingin mencari sumber kewangan yang halal untuk menanggung hidup aku dan juga bakal keluarga aku nanti. Aku sendiri berasa aman apabila berada di tempat kerja. Ia bagaikan suatu tempat yang boleh membuatkan aku melupakan masalah keluarga yang aku hadapi sekarang.

MASALAH KELUARGA.
Katakanlah aku derhaka. Kenapa aku balik kampung setiap bulan.
Katakanlah aku tidak mengenang budi. Kenapa perkara baik yang aku buat selama ini, tidak pernah diendahkan.
Katakanlah aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Kenapa bil api & air, aku yang bayar sedangkan aku hanya balik kampung sekali-sekala.

Apa yang aku buat, dan apa yang aku cakap, hanya menimbulkan rasa amarah orang disekeliling aku. Dirumah keluarga aku sendiri, aku dimaki dan diperli dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Setiap kali aku balik, aku dilayan seperti hamba. Aku amat tidak selesa sekali apabila balik kampung.

DI TEMPAT KERJA.
Tiada siapa yang boleh caci-maki aku, itupun sudah cukup memadai. Aku cuma ingin merasa ketenangan, dan senda-gurau bukan seperti ketegangan di rumah. Kerana itu aku suka bekerja.

Thursday, November 11, 2010

Mereka Mereka

Termimpi-mimpi,
Berlari-lari,
Siang dan malam,
Malang yang menadah,

Luka dan pedih,
Tangan dan kaki,
Apa peduli,
Mereka disisi,
C/o: 
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu)
Dipandang langit,
Tingginya awan,
Tersandar badan,
Dihamparan hijau,

Lesu dan letih,
Otak dan hati,
Mereka tak henti,
Tak pernah berhenti,
C/o: 
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu) (Ayuh bangun)

(Majukan dirimu) (Ayuh bangun) 3x

Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu) 
Kupuji alam,
Cantik dan indah
Ku yakin ada...
Peluang disana...

Wednesday, November 10, 2010

Bila aku nak ada pakwe neeei.....??????

Macam best je aku tengok orang lain ada pakwe, ada pasangan. Handset kat tangan tak henti2 vibrate. Baca SMS sambil tersenyum-senyum. Pergi keje ada org hntr, balik keje ada org tunggu. Sunyi2 kat umah, boleh tepon, tanya tu, tanya ni, citer tu, citer ni.

Kalau sedih, ada tempat ngadu. Kalau gembira, boleh kongsi bersama. Kalau marah, kalau berani, marah la....

Dah khatam buat kali ke berapa ntah, buku Steve Harvey ni aku baca. Tak de pape pun Effect. Ye...arrr....aku try ngurat cara American, mana org Malaysia boleh masuk jarum. At least, sekurang-kurangnya aku usaha la jugak nak cari pakwe. Tapi kalau jodoh, Tuhan kata nanti...Nanti lerR! Tak sabar-sabar!

Bukan tak sabar, umur aku dah 25, nak masuk 26. Oi! sape tak takut!!!!
Aku pun Not Bad pe?? Tak de kete, tak de umah, tak de hutang......Tak tau la....dimana silapnyer....
Banyak Kelemahan sebenarnya.....
  1. Aku tak tau berbual dengan budak lelaki. Aku tak de keberanian untuk menegur sesiapa. Lidah aku mcm melekat ngan lelangit.
  2. Aku terlampau berhati-hati.
  3. Aku tak dapat tangkap Body Language seseorang.
  4. Yes! aku tak pandai melawa. Aku cuba, tapi aku cuma boleh melawa depan org yang aku selesa je. Aku tak biasa dengan personaliti yang bercampur-baur.
So, teruk kan aku ni.....

Monday, November 1, 2010

Radiohead - Creep



Lagu kegemaran aku sejak dari dulu lagi,
Yup! menggambarkan sifat sebenar diri aku yang pelik ini.
Rasa macam nak mati je...
kerana hidup ini tiada siapa pun yang ambil peduli.....

Monday, October 18, 2010

Hati ini tidak tenang

Hari ini, apa benda yang aku buat, semua jadi serba tak kena. Semuanya menjadi bising, tegang, dan serius. Tiada senda-gurau. Langsung tiada senda-gurau. Aku kena lari daripada sini, lari seketika untuk menghilangkan rasa segala perasaan yang tak berguna. Perasaan yang boleh menaikkan marah, sedih, dan pilu dalam jiwa ini. Lari punya lari, aku singgah tempat makan. Makanan pun tak sedap, hanya beberapa suap sudu sahaja yang dapat aku telan. Apa kena dengan aku pada hari ini?
Aku termenung sekejap, dan tarik nafas sambil menyedut oksigen, tahan sehingga sedaya mana yang aku mampu. Lalu aku hembuskan karbon dioksida. Aku masih bernyawa, Alhamdulillah.
Ketika itu, dan saat itu, dihadapanku, SURAU. Ringan sungguh kaki aku melangkah masuk. Perlahan-lahan air paip dibuka, dengan lafaz Bismillah..aku mengangkat Wuduk.
Keji benar aku ini, sudah lama aku tidak menunaikan solat. Solat pun ibarat main-main, dimana ia seperti sesuatu yang terabai, tidak diperlukan.
Pada teori aku, Solat itu adalah seperti media yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, ia seperti Facebook, Twiitter, dan MySpace. Media (Solat) untuk kita luahkan hati dan perasaan, adakala tempat kita untuk mengadu, dan meraih simpati. Dan Media ini adalah istimewa, ketika aku menangis menadah tangan memohon simpati, aku percaya diatas sana sedang melihat aku dengan penuh kasih dan sayang. Aku dibelai dengan tiupan ketenangan ke dalam hati ini. Diberikan semangat dan kekuatan dengan tubuh badan yang sihat ini. Kebijaksanaan dan kecergasan ke saluran Impulse untuk diterima ke dalam otak ini.

Syukur...Alhamdulillah...aku dapat bekerja dengan baik.

Wednesday, September 1, 2010

Hidup Aku Benar-benar Sunyi....

Aku adalah seorang yang selalu mengalami kegagalan dalam hal-hal kehidupan. Aku masih belum mampu untuk mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, dan menguruskan makan minum aku sendiri. Malah aku belum dapat membayar hutang pengajian yang makin berbukit-bukit tingginya.

Aku juga tidak mempunyai teman istimewa (lelaki). Mungkin aku teruk orangnya.
Aku adalah seorang yang pelik, dimana permikiranku, gerak-geriku, kerja-kerja harianku tidak sama seperti orang-orang di sekelilingku. Gaya dan cara penampilanku, juga tidak seperti orang-orang kebanyakan.
AKU terlalu janggal untuk diterima oleh masyarakat sekeliling aku sendiri.

Aku cipta lagu, tetapi tidak pandai bermain dengan sebarang alat instrumen.
Aku mengarang cerita, tetapi tiada kesimpulannya.
Apabila aku mempunyai peluang keemasan, ia sering terlepas ke tangan orang lain.
Aku suka lagu yang berentak ganas, tetapi aku.....NERD semula jadi.

"I try to be perfect, but nothing were worth it", song from Sum41, Pieces.
Lagu ini sesuai untuk orang macam aku.
Selama ini...Aku hanya pandangan hina oleh orang-orang disekelilingku.
Apa yang aku buat, mereka berkata, "Budak darjah 1 pun boleh buat".
Apa yang aku usahakan, mereka berkata, "Rugi-rugi, banyak masa terbuang, macam tak ada masa depan".
Aku terjatuh, ditipu, dikhianati, dan dipergunakan.
Apa yang berlaku terhadap aku, hanyalah bahan lawak untuk mereka ketawa bersama-sama.

Sehingga kini...Aku masih dipandang hina oleh orang-orang yang tak berotak disekeliling aku.
Kerana, Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Apa yang mengganggu dirinya,
Hanya perasaan dengki yang mengaburi diri

Sekian,
Aku yang tidak mempunyai teman......

Sunday, August 15, 2010

Sit Up Straight!

Sakit tengkok aku kat ofis, asyik ngadap PC. Aku pandang kiri kanan, Line Clear! Terus aku pasang earphone, dengar radio TraxxFM. Aku suka saluran ni, ada banyak benda aku boleh tahu, tapi semua dalam bahasa inggeris la. Tapi tak pe, It's ok, sampai bila asyik nak duduk bawah tempurung, tak ikut perkembangan, apa lagi dalam bahasa inggeris.

Secara Kebetulan, aku tengah sakit tengkok n bahu, keluar pula tips-tips harian dalam ofis. Iaitu.....
Sit Up Straight! (duduk tegak sambil membuat kerja) :
- aku pun apa lagi, terus duduk tegak, sepertimana yang DJ radio cakap tu.
- ada rasa lega sikit la...

Korang tahu tak?
Dengan duduk tegak, ia dapat memperbaiki struktur tulang belakang. Ia juga dapat mengurangkan sakit kepala dan kepenatan. Kerana kedudukan postur badan yang betul, dapat melancarkan peredaran darah dan pernafasan dengan lebih baik. And 1 more thing, kita akan kelihatan lebih kurus dan tegap semasa duduk tegak.

Baru aku faham.....

Sunday, July 18, 2010

Lelaki yang wajib di jauhi.....

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri lelaki yang wajib dijauhi.

1. Lelaki kategori liar (suka membazirkan duit).
Inilah jenis Lelaki yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan lelaki sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Lelaki si Bom jangka (panas baran). 

Lelaki bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Lelaki si Gula-gula (berlagak handsome)

Lelaki seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi lelaki idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, lelaki seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Lelaki si Bintang (suka mengambil kesempatan)

Lelaki bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Lelaki si Penggapai (pentingkan diri sendiri)
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan kurang dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Lelaki yang Tercedera (tak berguna langsung)
Hubungan yang terjejas menjadikan lelaki dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.


Ini hanya jangkaan dan kajian sahaja, jika diterbalikkan, wanita juga tidak jauh bezanya......

Friday, July 9, 2010

Sedihnya Hati Ini.....

Aku menangis masa German kalah, mcm tak percaya diorang kalah. Aku semakin meminati pasukan German, terutama sekali Philip Lahm, pergerakan yang lincah, nakal tetapi bertanggungjawab menyelamatkan bola daripada jatuh ke pasukan lawan. Dia memang hebat. Merendah diri.

Kekalahan yang berlaku ini benar-benar mengingatkan aku tentang kejadian masa lalu.
Dimana aku menghabiskan masa, tenaga, dan duit untuk meperolehi sekelumit kejayaan, yang dipanggil 'A'. Aku tidak memperolehi 'A'. Aku sedih, kerana pensyarah seperti berat sebelah, kawan-kawan pula mengambil kesempatan, dan masalah kewangan yang tidak habis-habis mengganggu kehidupan harian.

Aku buat kerja kawan-kawan aku, supaya aku dapat beli makanan. Kerana diorang bagi upah. Aku pun lapar jugak. Pernah sekali badan aku menggeletar kelaparan tapi aku cuba bertahan. Akhirnya aku lemah, aku buat-buat tidur, aku tak nak sesiapapun risau tentang aku. Dan kerja aku pun tak siap.

Aku ada kelebihan, aku ada kekuatan, tetapi itu semua mudah saja dikalahkan dengan situasi yang tidak terduga.

Monday, June 28, 2010

Azam aku untuk tahun 2011

Aku sengaja letak azam aku awal-awal, tak salah bukan?
Aku anggap 1 Julai 2010 sebagai 1 January 2011, ini adalah kerana aku mahu melangkah dengan lebih jauh, lebih jauh daripada apa yang aku lalui selama ini. Jadi inilah dia azam aku.....
  1. Memperbaiki keadaan ekonomi aku yang merudum sekarang.
  2. Berpenampilan cantik, kemas, dan tidak mahu kelihatan seperti NERD lagi.
  3. Simpan harta untuk beli aset.
  4. Belanja Mak & Ayah.
  5. Melancong untuk meluaskan pandangan dan permikiran aku.
  6. Cari pasangan hidup ( yang ini aku berserah pada TUHAN )

Thursday, June 10, 2010

Kerja Baru

Hei! aku dah dapat kerja...
dah 3 hari aku bekerja....
bolehlah tahan kerja....

Penat? Tak de la sangat.....
BZ? ya betul!
Kelam-kabut? ada sikit-sikit...

Ha Ha ha......aku puas!
Setakat ni bolehlah aku kawal keadaan...
Aku berdoa biarlah keadaan ini kekal begini...
Walaupun keadaan agak riuh-rendah....
Aku masih dapat bertahan....

Ada lagu baru aku cipta...
Nanti aku tuliskan liriknya....
Masih mencari ilham....

Monday, May 10, 2010

Dunia Baru (ke Alam Pekerjaan)

Tidak lama lagi....aku akan menamatkan pengajian aku di Politeknik.aku tidak bersedia lagi....nampaknya....
dunia bekerja bukan lagi seperti alam pengajian, ia adalah dunia sebenar.
Tiada lagi perikemanusiaan, belas kasihan, dan kepercayaan yang boleh lagi kita peroleh semasa di Politeknik. Sedangkan di Politeknik pun aku berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang memeningkan kepala, apatah lagi manusia diluar sana yang lagi aku tidak kenal.
Aku ibarat tidak mahu bersemuka dengan mana-mana manusia lagi. Bukan kerana mereka menjengkelkan, kerana aku sendiri yang tidak mahu menghadapi mana-mana risiko lagi. Setiap kali aku berkenalan dengan orang baru, aku pasti akan berdepan dengan musibah yang tidak terjangka dek akal fikiran aku. MASALAH YANG MUNGKIN AKU TIDAK DAPAT TAHAN iaitu KECELUPARAN MULUT ORANG DAN MUNGKIN MULUT AKU. Aku hanya kena bersabar...bersabar....dan terus bersabar.....
Agaknya, sudah semakin pupus orang-orang yang baik tutur katanya. Dimana lagi aku boleh cari orang-orang ini?

Dunia Baru (ke Alam Pekerjaan)

Tidak lama lagi....aku akan menamatkan pengajian aku di Politeknik.aku tidak bersedia lagi....nampaknya....
dunia bekerja bukan lagi seperti alam pengajian, ia adalah dunia sebenar.
Tiada lagi perikemanusiaan, belas kasihan, dan kepercayaan yang boleh lagi kita peroleh semasa di Politeknik. Sedangkan di Politeknik pun aku berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang memeningkan kepala, apatah lagi manusia diluar sana yang lagi aku tidak kenal.
Aku ibarat tidak mahu bersemuka dengan mana-mana manusia lagi. Bukan kerana mereka menjengkelkan, kerana aku sendiri yang tidak mahu menghadapi mana-mana risiko lagi. Setiap kali aku berkenalan dengan orang baru, aku pasti akan berdepan dengan musibah yang tidak terjangka dek akal fikiran aku. MASALAH YANG TIDAK AKAN MAMPU AKU SELESAIKAN iaitu KECELUPARAN MULUT ORANG. Aku hanya dapat bersabar...bersabar....dan terus bersabar.....
Agaknya, sudah semakin pupus orang-orang yang baik tutur katanya. Dimana lagi aku boleh cari orang-orang ini?

Tuesday, April 20, 2010

"Orang Pandai mainan Orang Bodoh, Orang Bodoh mainan Orang Pandai"

Semakin dekat detik perpisahan DRG6B, semakin jelas erti persahabatan, permusuhan, tindas-menindas, kawan makan kawan, golongan bodoh sombong, dan golongan cerdik diam pada diri aku. Semakin jelas juga satu ungkapan yang aku pernah dengar dulu, "Orang Pandai mainan Orang Bodoh, Orang Bodoh mainan Orang Pandai". Memang ini adat dunia yang sebenarnya. Kita sebagai manusia biasa memang tidak dapat berbuat apa kecuali menahan sabar dan sentiasa berdoa kepada Illahi, minta dijauhkan segala buruk sangka yang boleh dijadikan pergaduhan besar.

Sebenarnya, inilah yang sedang aku hadapi, ahli kumpulan aku umpama mempermainkan aku. Walaupun aku sudah cuba memperbaiki keadaan, nampaknya keadaan menjadi semakin S+I+A+L. Minta maaflah, aku agak tidak suka akan perkataan ini. Tetapi aku terpaksa menggunakannya untuk menggambarkan keadaan sebenar. Aku agak sedih kerana terpaksa menarik diri dari kumpulan aku, tetapi ini adalah untuk kebaikan aku sendiri, aku juga perlu selamatkan diri aku dari dipermainkan oleh ahli kumpulan aku sendiri.

Beginilah politik yang sedang melanda permikiran rakan-rakan aku di sini. Dulu....hubungan kami baik bagai persahabatan di masa muda yang indah. Sekarang....kesombongan masing-masing yang menjahanamkan diri sendiri.

Wednesday, April 14, 2010

KEJAM

Kesudahan
Sebuah kisah
Imaginasi dan Realiti

Dan terjatuh
Tersembam ke bumi
Menangisi derita yang terpateri

Kau kecewa
Tidak terhenti
Kesedihan tiada yang mengerti

Apa harus
Terjadi begini
Luka hati diguris kata sinis....kejam

Monday, March 15, 2010

Kepada Member yang tak Sedar Diri

Semasa ditimpa kesusahan, tiba-tiba aku mendapat member yang mesra alam nak mampus! Tetapi apabila aku yang dalam kesusahan, semua yang mesra alam musnah tiba-tiba. Bagaikan hilang disapu puting beliung.

Adakah ini lumrah manusia yang sebenarnya?
Ya! Semakin aku hampir ke penghujung semester, semakin banyak konflik yang berlaku disekeliling aku. Dengan beberapa perangai member aku yang kebudak-budakan, pensyarah yang semakin sibuk dengan Final, assignment yang semakin berlambak dan tak tentu hala, dan juga gosip-gosip liar yang cuba menjatuhkan airmuka aku.

Hoi! Aku tak cari gaduh dengan sesiapa pun! Kenapa nak naikkan darah aku?
So, kepada sesiapa yang tak puas hati, just face to face la!
Especially kepada orang yang membuat cerita-cerita palsu!

Sekian, TERIMA KASIIIEEH! 

Friday, March 12, 2010

Kali ni tak dapat tido lak....

Esok aku nak hantar sumer teaser, launching, follow-up, COMPLETE! kat lecturer aku,
so aku buat keje giler, minum nescafe+milo+oat, memang power la...
power nak gi toilet....
hampir setiap 15 minit, aku kemaruk nak melepaskan sisa toksik.

Huish! jangan tiru apa yang aku buat ni.....habis semua sumber vitamin hilang daripada badan aku ni, tak sempat nak hadam, dah la badan aku ni kecik je, tak cukup zat...
tak cukup tido lak tu....lagipun musim panas sekarang,
biasa la tilam kat rumah sewa mana sama ngan tilam kat rumah mak (mak aku la), tilam kat rumah sewa ni mcm memantulkan panas, Ceh! Wah! mcm fakta sains. Tapi betul! aku selalu berpeluh time tido, berpeluh sampai basah baju aku, mcm lepas jogging. Memang boleh kurus kering la aku.....

Kesimpulan cerita aku, minum susu je la, banyak kebanyakan kebaikannya dan merupakan salah-satu petua tido yang nyenyak.

Friday, March 5, 2010

Aku Nak Tido!

bingit kepala aku...pc aku wat hal...
bingit lagi kepala aku biler fikir tang assignment yang dah berlambak ni....
tambah bingit lagi, budak-budak ni suka wat bising, pukul 2 pagi baru senyap, time tue mata aku lak dah ngantuk,
sem 6 memang mencabar, tak tipu dok, aku mcm nak surrender jer ni....
tapi apabila aku teringatkan bapak aku yang garang......
yang surrender tue cancel je la.....
yang penting aku tamatkan pembelajaran aku ni dengan cara terhormat, Ceh!

hoi! kerja banyak ni......otak aku blur....aku rasa nak tido jap.....
tapi bagaimana?
tido pun tak aman dok! jgn sampai aku masuk wad sakit jiwa. Choi!

ok lah aku tido jap, kul 4 pagi aku bangun....mcm dapat buat je....tapi aku cuba...
jangan tak cayer...aku pantang dicabar.....

Aku Nak Tido!

bingit kepala aku...pc aku wat hal...
bingit lagi kepala aku biler fikir tang assignment yang dah berlambak ni....
tambah bingit lagi, budak-budak ni suka wat bising, pukul 2 pagi baru senyap, time tue mata aku lak dah ngantuk,
sem 6 memang mencabar, tak tipu dok, aku mcm nak surrender jer ni....
tapi apabila aku teringatkan bapak aku yang garang......
yang surrender tue cancel je la.....
yang penting aku tamatkan pembelajaran aku ni dengan cara terhormat, Ceh!

hoi! kerja banyak ni......otak aku blur....aku rasa nak tido jap.....
tapi bagaimana?
tido pun tak aman dok! jgn sampai aku masuk wad sakit jiwa. Choi!

ok lah aku tido jap, kul 4 pagi aku bangun....mcm dapat buat je....tapi aku cuba...
jangan tak cayer...aku pantang dicabar.....

Sunday, February 28, 2010

Kawan, Lelaki atau Perempuan?

Apa yang aku faham tentang cara berkawan didunia kolej ini.
Sekumpulan pelajar perempuan akan mengumpat antara satu sama lain, tetapi apabila berjumpa, mereka akan sedaya upaya menjaga hati dan perasaan kawan mereka. Walaupun menyampah, geli, marah, dan segala perasaan yang tak berguna bersarang di dalam jiwa. mereka tetap akan menjaga hati dan perasaan orang lain.
Manakala sekumpulan pelajar lelaki akan mengutuk, bergurau secara kasar, ketawa berdekah-dekah apabila kawan mereka melakukan sedikit lawak tak sengaja. Adakala, apa yang mereka lakukan agak keterlaluan. Namun bagi mereka, itu semua hanya gurauan.
Seperti aku yang didalam dilema, terasa seperti dipergunakan oleh kedua-dua belah pihak. Diumpat dan diketawakan.

Thursday, January 28, 2010

Cari Teman Hidup (cerita pendek)

"kau nak cari dia? senang je, cari kat library",

Library, perkataan yang sinonim dengan diri aku. Kerana aku suka membaca. Kekerapan aku ke perpustakaan boleh dikatakan hampir setiap hari. Aku membuat bisnes sambilan sebenarnya. Aku adalah Tutor dan kelas mengajar aku ialah perpustakaan.

Aku tiada teman hidup. Kadang-kala aku berasa amat cemburu dengan pasangan-pasangan kekasih yang berada disekeliling aku. Dan perasaan cemburu itu, aku selalu tutup dengan senyuman palsu, kesibukan harian, dan huru-hara bersama rakan-rakan sekelas.


Cuti semester akan muncul. Ketenangan kampung halaman dapatku rasa seperti memeluk disegenap tubuhku. Tetapi aku ada perancangan, bercuti bersama rakan-rakan di sebuah pulau. Oleh kerana kampung aku berdekatan dengan perlabuhan bot laut, maka aku terpaksa turut serta. Walaupun aku tak beberapa gemar naik bot. Aku mabuk laut.

Salah tanggapan aku sebenarnya. Apabila beramai-ramai menaiki bot, aku gembira, melihat gelak ketawa, gayat, dan keterujaan rakan-rakan aku. Mabuk laut aku hilang. Sampai saja di pulau tersebut, jantung aku berdegup laju. Aku tidak sedap hati.

Sudah malam, kami semua ke gerai makan berdekatan, ada jamuan untuk kami. Kami dijamu dengan B.B.Q! Selesai makan, ada beberapa aktiviti pula diadakan. Aku pilih permainan Damak. Seronok! Tetapi didalam keseronokan itu, aku terasa ada seseorang memerhatikan aku........

sambung....

Tuesday, January 26, 2010

Budak Kelas DRG 6B 2010

ketika ini secara spontan aku amek gambar. cepat-cepat diorang posing. inilah budak-budak kelas aku, mcm2 perangai, pantang nampak kamera. posing serta-merta. nak tengok dak laki tak?
jap erk.....

aku tak tau nak citer,
mcm2 perangai gak, tapi tak leh layan sangat, boleh sewel woh.....
terlampau lawyer buruk, mulut murai, kelakar, dan bila ketawa, boleh sakit perut.

Saturday, January 23, 2010

Reunion

suatu hari nanti
pasti kita berjumpa kembali
mengenangkan saat memori
saat yang takkan dilupai ooo...
dihari ini kita berjumpa...kita berjumpa...

ceria, senyum, ketawa
pasti jadi penawar duka,
suka duka kita bersama,
mengingati saat berpisah ooo..
dihari ini kita berjumpa....ouh...kita berjumpa...

C/o:
wahai teman-temanku kenanglah dirimu
kisah yang lama sentiasa berlagu
kisah yang pedih, sedih, pahit, manis
kisah yang membawa seribu erti

bilakah kita kan bertemu (lagi...)
wahai temanku sampaikan khabarmu
khabarmu kepada semua
khabar gembira, khabar berita...khabar berita... 

Ku rindukan, ku imbaskan, 
Saat kita semua didenda, 
Saat kita bergurau senda, 
Saat kita belajar di sekolah, 
Di waktu itu, kita remaja... Kita remaja....

C/o:

Ending c/o:
di hari ini...kita berjumpa....
La la la le la le.... 
Haaaaa.... Kita berjumpa lagi.... 




Wednesday, January 20, 2010

Kenangan DRG 5B


kelas dak DRG 5B 2009 dalam kenangan, tetapi ada seorang je yang aku tak berkenan
x pe la, aku maafkan apa yang dia buat kat aku, aku ni kira pemaaf orangnya.

ada lagu aku cipta, tapi nanti....
lirik lum siap

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...