Thursday, May 11, 2023

Ada Seorang Makcik di Masjid

Ada seorang makcik di masjid,
Selalu bersendirian,
Tidak kekok beribadah bersendirian,
Habis Tok Imam baca doa,
Dia pun bangun,
Jemaah perempuan tidak ramai,
Tiga orang sahaja termasuk aku,
Kami bersalaman.

Di lain hari, makcik itu ada lagi,
Beribadah seperti biasa,
Wajahnya aku perhatikan,
Sungguh tenang dan jarang sangat berkata-kata,
Kali ini hanya kami berdua,
Aku perkenalkan diri, makcik itu pun sama,
Perkenalkan diri.

Balik dari masjid, aku terdiam seribu bahasa,
Cerita makcik tadi membuatkan aku menarik nafas sedalam-dalamnya,
Dia sebatang kara, kematian suami,
Tidak mempunyai zuriat,
Kerja sebagai tukang cuci,
Tidak mempunyai sesiapa lagi didunia,
Seawal pagi sembahyang di masjid, pergi kerja berjalan kaki, balik kerja terus ke masjid.
Begitulah rutin hidupnya berhari-hari.
Bagaimana pula makan dan minum? Aku bertanya.
Makcik itu tersenyum.
Dia kata, ada, sentiasa ada, Alhamdulillah.
Mandi dan bersihkan diri? Aku bertanya lagi.
Makcik itu tersenyum lagi, dia selalu membersihkan bilik air masjid.
Pihak masjid pun senang dengan kehadirannya.
Gunalah makcik, itu upahnya.

Wah! Senangnya hidup makcik ini.
Dia hanya seorang tukang cuci.
Aku pula seorang yang ada jawatan.
Harian aku berdepan dengan masalah.
Masalah aku pula tidak pernah selesai.
Juga tidak mampu membuat ibadah seperti makcik ini.

Makcik, kita bertukar tempat, mahu tak?
Gurau aku saat akhir berbual dengannya.
Makcik itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

Tuesday, May 2, 2023

Tak akan ada sesiapa yang baca

Semasa aku tengah buat kerja, otak aku ligat berkata-kata.

Semasa aku nak menulis apa yang otak aku kata-katakan tadi, hilang pula semuanya.

Bagaikan awan menghilang dibalik mentari.

Sebenarnya, telinga aku ni masih terngiang-ngiang teringat kata-kata mak aku.

Kata-kata yang downkan semangat aku.

"Kin, Kin dah tua, Kin tahu kan?"

"Kin nak buat apa lagi? Kin belajar tak tinggi,"

"Kin nak buat apa-apa, buatlah, mak tak tahu apa-apa,"


Aku tak nak ingat, aku nak lupakan. SEBAB. Aku sakit hati. SEBAB. Apabila berkumpul dengan saudara-mara, mak aku tak habis-habis bercerita tentang adik aku yang sedang mendapatkan PHD. Dari bermulanya majlis dan berakhirnya majlis, itu sajalah ceritanya. 

Mak aku dah tua, fikirannya pun amat tua. Kalau dia fikir A itu bagus, jadi sampai bila-bila pun A itu bagus, sampailah dia meninggal dunia suatu hari nanti. Walhal, dia tak tahu B, C, D, E, F dan yang lain-lain itu ada yang lebih bagus.

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...