Sunday, February 5, 2023

Aku Terlalu Sibuk Sehingga Demam

    Minta maaf kerana terpaksa banyak mendiamkan diri sejak bulan Oktober tahun lepas. Aku terlalu sibuk sehingga aku kerap jatuh sakit. Aku kerap sakit, COVID? Choi!!! Jangan diminta! Aku sakit demam je, tapi demam yang teruk dan on off - on off. Tetapi bagaikan ada satu pertolongan yang datang kepada aku semasa teruk bertahan melawan sakit ni. Aku on smartphone, ada tips keluar, dia suruh aku mandi air hujan, bukak Youtube - dengar ustaz-ustaz berceramah, diorang pun suruh mandi air hujan. Balik rumah, baca buku jap selepas solat, pun suruh aku mandi air hujan. Yang sedapnya, memang musim hujan kat tempat aku ni.

    Maka, keesokan pagi hari Sabtu yang sejuk akibat hujan sepanjang malam. Aku dengan tiada perasaan lagi dah, dengan demam menggigilnya, dengan berbaju t-shirt dan berseluar pendek sahaja, pergi ke tengah laman rumah aku, apa lagi? Mandi air hujanlah. Mandi air hujan secara direct daripada langit. Masa tu baru lepas sembahyang Subuh. Masih gelap lagi, so belum ada orang lalu-lalang. Kalau ada orang lalu-lalang, malu jugak nak buat kerja gila ni. Aku ingat lagi, masa tu aku memang kesejukan tahap Gunung Kinabalu, gigi aku terketap-ketap, badan aku menggigil dan aku pun dah macam naik sawan dah semasa bermandikan hujan.

    Ok, sekejap, cerita belum habis. Sedang aku mandi hujan, aku dapat rasakan hembusan nafas aku panas. Hembusan nafas panas, biasalah tu, semua orang macam tu. Tetapi hembusan nafas aku ni memang betul-betul panas dan ia terhembus sekali saja. Dan pada masa itu juga aku terasa lega yang amat. Kemudian, aku bilas badan di bilik air macam biasa. Demam aku serta-merta hilang. Pening kepala dan keletihan pun hilang. Aku dapat berjalan dan membuat kerja dengan baik selepas mandi hujan tu. Apa yang aku nak cakap kat sini, engkau orang demam tak? Kalau berani cubalah cara aku ni. Mana tahu, terus sihat dan boleh berlari. Tamat. 

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...