Sudah terlihat jelas segala kemusnahan
Mereka lakukan...
Mereka masih ketawa, Kejam!
Dibedilnya peluru
Dibalasnya hanya batu
Habis semua kuasa besar ditutup mulut
Hanya kerana nikmat di atas dunia
Mereka lupa terus nikmat di akhirat
Sejarah dunia diputar belit
Hingga generasi muda pun sudah letih
Malas belajar
Sangka sudah pandai
Maka tidak perlu lagi diajar
Kurang ajar!
Kerana itu mereka ketawa!
Kita sudah buta sejarah
Kita sudah kekeringan iman
Para pemuda kita hilang pertimbangan
Halal dan Haram pun sukar dibezakan
Sekali lagi mereka ketawa!
Melihat pemimpin kita tidak habis bertelingkah
Sini salah, sana salah
Semua benda serba salah
Sudahlah! Cukup!
Hentikan ini semua!
Mari kita akhiri komedi mereka
Biar mereka terdiam
Tidak lagi tertawa
Sudah tiba masanya
Kita buka mata melihat kebenaran
Buka mulut bersuara kebenaran
Berjuang kerana kebenaran
Sungguh! Mereka akan kalah akibat kebenaran....