*Doa Yang Diaminkan Malaikat*
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
_*Daripada Abu al-Zubayr dari Safwān, iaitu anak ‘Abd Allāh b. Safwān, isterinya bernama al-Dardā’, katanya: “Saya datang ke Sham dan mendatangi Abū al-Dardā’ di rumahnya. Tapi saya tidak menemuinya. Saya bertemu dengan Umm al-Dardā’. Lalu dia bertanya:*_ _*“Apakah kamu akan pergi menunaikan haji pada tahun ini”.*_ _*Saya jawab: “Ya”.*_
_*Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.*_ (HR Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain.
2. Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain.
3. Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan.
4. Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)
*JOM menjelang 2020 ini, kita istiqamah dengan mendoakan kebaikan sahabat dan saudara Muslim kita di Palestin, Myanmar, Syria dan lain-lain yang ditindas. Juga doa kemenangan untuk pejuang kebenaran dan keadilan diseluruh dunia termasuk dinegara Malaysia tercinta.*
_*Ayuh doakan juga agar Malaysia menjadi Negara Rahmah.*_
*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*
#SemarakCintaRasul
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
20hb Disember 2019
23hb Rabiul Akhir 1441H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD