Tuesday, January 19, 2016

Sahabat 2016


Aku sudah tua, sudah berumur 30-an. Banyak perkara yang telah aku pelajari dalam tempoh hidup ini. Dan salah-satunya ialah erti sebuah persahabatan. Terus-terang, aku telah buang semua kawan-kawan aku. Dalam erti kata lain aku tak perlukan mereka lagi. Lagipun, sudah bertahun handphone aku tidak berbunyi. Jikalau berbunyi pun, ia dari ahli keluarga aku.

Aku dah patah hati dengan kawan-kawan aku yang hanya mahu ketawa bersama, tetapi apabila menangis lain-lain haluannya. Namun 2015 sudah berlalu, 2016 pula membawa perubahan. Sahabat, ia tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Mereka ada disekeliling kita rupa-rupanya. Mereka adalah ahli keluarga kita, rakan sepekerjaan kita dan orang-orang yang boleh dipercayai disekeliling kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah jaga hati dan perasaan mereka, bantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan dan hiburkan hati mereka ketika mereka gusar atau gundah-gulana. Lakukanlah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jangan risau, ingatlah segala kebaikan yang kita buat, Allah s.w.t yang akan membalasnya.

Persahabatan itu tidak memerlukan perasaan cinta yang mendalam, tetapi ia memerlukan kerjasama, kepercayaan antara satu sama lain dan semangat kesetiaan dimana saat susah kita hadapi bersama dan apabila saat gembira kita tersenyum dan ketawa bersama. Nampaknya aku tidak perlu susah-susah cari kawan daripada internet. Aku sudah ada kawan didepan mata. Syukur Alhamdulillah…aku sedar akhirnya….

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...