Friday, August 28, 2015

Dimana Ayah?

Tidak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba anak aku berlari-lari ke arahku sambil menangis-nangis.
“Ibu, ibu...erm..erm..”, raungnya sambil memeluk erat tubuhku.
“Kenapa sayang?”, tanyaku dengan lembut.
“Kawan-kawan abang cakap, abang tak da ayah” Naik mendidih seluruh darah dari tubuhku sebaik sahaja aku mendengar aduan anak aku. Sampai hati mereka menyakitkan hati anak kecil ini. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku cabut gigi-gigi budak-budak yang telah mengganggu anak kecil ini. Namun, apabila melihat anak aku menangis , aku pun tidak dapat menahan airmata yang sudah bergenang di mata ini.
“Apalagi yang kawan-kawan abang cakap pada abang?”, tanyaku lagi.
“Ayah abang tak suka abang, tak suka ibu. Sebab itu, ayah tinggalkan kita....”
Astaghfirrullah hal’azim.....besar sungguh dugaan si anak kecil ini. Aku mengusap-usap lembut kepala anakku, seraya membantunya menenangkan diri.
“Ibu...” Tiba-tiba anakku bersuara.
“Ya, sayang, apa dia?”
“Mana ayah?” Aku terkesima. Walhal, aku sudah jangka, suatu hari nanti pasti anak aku akan bertanya tentang ayahnya. Tetapi, aku jangka apabila anak aku sudah berumur 7 atau 10 tahun bukan berumur 5 tahun.

“Jom! Abang, kita duduk atas buai,” Segera aku matikan apa-apa yang sedang aku masak tadi. Sudah tiba masanya untuk aku menerangkan sesuatu kepada anak aku. Nak terangkan sesuatu yang drastik ini, mesti kena pada tempatnya. DAPUR, amatlah tidak sesuai. Ada pisau, ada batu lesung, ada api dan macam-macam lagi benda yang berbahaya.
Anak aku dan aku pun duduk diatas buaian sambil memandang ke arah pokok-pokok di halaman rumah. Ada rama-rama berterbangan dan anak-anak kucing sedang bermain-main sambil diperhatikan ibu kucing. Tenang sedikit dari suasana dapur.
“Ibu, ayah mana?” Tanya anak aku lagi. Sifat ingin tahunya sudah mengatasi kesabarannya.
“Abang, sebenarnya ibu tidak tahu kemana ayah abang pergi. Entah hidup, entah mati, ibu tak tahu. Abang, ayah abang dulu adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi sayang, ayah abang berubah sedikit demi sedikit sejak berkawan dengan orang-orang jahat,”
“Orang jahat?!” Sergah anak aku. Alamak, aku bimbang aku sakitkan hati anak aku. Ya Allah, kurniakanlah aku kebijaksanaan bertutur kata. Amin.
Anakku 
“Erm, abang tahu ciri-ciri orang jahat? Orang jahat tu macamana?”
“Tau! Orang jahat tu nanti polis tangkap,” Alahai jawapan daripada budak kecil, mesti dari pengaruh TV ni.
“Betul, tapi kenapa orang jahat kena tangkap?” Aku bertanya lagi.
“Erm, sebab mencuri?”
“Betul, lagi?” Anak aku mengangkat kedua-dua bahunya sambil menggelengkan kepala, tanda tidak tau.
“Orang jahat selalu menipu, hasad dengki, bercakap tentang benda-benda tak elok, suka sakitkan hati orang, mementingkan diri-sendiri, menyeksa orang, menyeksa binatang.....”
“Banyaknya....” Anak aku memotong kata-kataku, pening agaknya.
“Memang banyak...kalau ibu nak terangkan lagi, sampai umur abang 21 tahun pun tak habis-habis,”
“Jadi, macamana abang nak jumpa ayah?” Kali ini, aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Sambil menanamkan benih sabar.

“Abang, bukanlah tanggungjawab abang untuk mencari dan berjumpa dengan ayah. Sebaliknya, ayahlah yang kena pikul tanggungjawab mencari dan berjumpa dengan abang. Kerana abang masih kecil. Apa yang abang perlukan sekarang adalah didikan agama, makanan yang sihat dan botol susu!” Aku bergurau dengan cuba merampas botol susu daripada tangan anak aku. Tak dapat. Anak aku lagi cekap mempertahankan botol susunya. Sudah terukir sikit senyuman diwajahnya.
“Tapi kawan-kawan abang semua ada ayah, abang takda,” Wajahnya kembali muram.
“Kalau begitu, nanti bila ayah diorang dah tua, diorang pula kena jaga ayah diorang, macam dalam TV tu,” Tiba-tiba aku dapat idea.
“Ha’ah lah...macam ibu kena jaga atok. Eh! Ibu pun kena jaga nenek kan,” Akhirnya, anak aku dapat dipujuk.
“Shi-shi, yak-yak pun ibu kena bersihkan tau,” Tambah aku lagi sambil menunjukkan muka sedih.
“Eeee....shi-shi, yak-yak, busuk.... nanti abang dah besar, abang jaga ibu jelah, sebab ayah tak da!”
“Betul! Subhannallah, bijaknya anak ibu. Nanti kalau kawan-kawan abang kacau, abang nak buat apa?” Soalku lagi.
“Erm.....” Anak aku berfikir panjang. Namun tiada jawapan.
“Abang cakaplah, nanti awak dah besar, awak kena jaga ayah dan ibu, abang jaga ibu abang je,” Sampuk aku membantunya berfikir.
“Ok, nanti abang cakap macam tu,” Balas anak aku sambil memeluk aku. Aku peluk erat si anak kecil ini. Kasihan, seorang anak yatim yang bijak.
“Ibu....nanti, bila ibu dah tua. Ibu janganlah shi-shi dan yak-yak...” Sempat anak aku bisik ke telinga aku sebelum dia leraikan pelukan dan terus masuk ke dalam rumah. Yang ini, aku malas nak komen. Tamat.


Wednesday, August 26, 2015

Segalanya Untuk Kucing


Kebelakangan ini, dah macam trend aku tengok Kedai Kucing dah mula bersepah, merebak ke seluruh Bandar Johor. Termasuklah satu kedai ni, 80% printing design dalam kedai ni aku buat. Seronok aku buat design untuk kucing-kucing ni. Hari-hari tengok kucing, agak release tension sikitlah. Walaupun aku design, tapi idea bukan aku punya idea. Idea aku semua kena reject, so kalu korang nak kutuk, kutuklah.

Walaubagaimanapun, aku tetap bangga. Dah banyak rupanya, hasil kerja aku masuk surat khabar. Alhamdulillah....


Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...