Wednesday, February 11, 2015

Bos Mithali

Suatu pagi yang hening di pejabat. Selepas ‘Briefing’ dengan Bos Besar.

Bos : Sebagai pereka grafik, awak perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Saya percaya awak boleh lakukan.
Aku : Insyallah, tuan.
Bos : Saya tak nak dengar perkataan tu, saya nak dengar perkataan lain.
Aku : Err...Subhanallah?
Bos : Saya nak awak cakap boleh, boleh?
Aku : Insyallah, boleh.
Bos : Saya nak dengar perkataan yang betul-betul meyakinkan.
Aku : Erm, Innalillah wa inna lillahirajiun...

Bos Besar terdiam, aku pun cuak. Masa ini dua perkara yang terlintas difikiranku; samada aku dipecat atau dibaling kasut.

Bos : Awak keluar, saya nak bertaubat jap.

Fuh! Lega, Alhamdulillah....

Tuesday, February 10, 2015

Akibat Celek Marker Merah

Ada seorang lelaki di pejabat aku, suka sangat ‘celek’ sana, ‘celek’sini. Tahu tak celek tu apa? Alah...yang ibu jari kawan jumpa ibu jari kawan tu. Tidak kira muhrim atau tidak, perempuan atau lelaki (kebanyakkannya perempuanlah), semuanya hendak dicelek. Konon-konon ‘Happy Go Lucky’, konon-konon boleh genglah.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, lelaki yang suka mencelek ini sembang-sembang di kawasan meja aku. Cuba bermesra pula dengan aku dan rakan-rakan disekeliling. Kami layankan sahaja, tak boleh nak halau sebab dia ni jenis orang ada JBB (Jawatan Bodek Bos). Tiba-tiba lelaki ini tunjukkan ibu jari dia kat aku sambil berkata,
“Betul tak? Celek!”.
Aku dah agak dah. Kebetulan pula, ada marker merah atas meja aku. Entah macamana, aku pun marker merah pada ibu jari lelaki tersebut. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.
“Eh! Kau dah kenapa?!” balas lelaki itu separuh menjerit.
“Maaf, saya tak boleh sentuh encik, Muhrim” aku cuba jawab dengan tenang.
“Eleh! Celek je...”
“Maaf, saya tak boleh celek encik, Muhrim” aku jawab walaupun dalam nada ketakutan.
“Hek eleh.....kau ingat kau tu suci sangat...nanti kau tau siapa aku sebenar....!$#$%^$&^!!....#&*%$...” panjang maki hamun lelaki itu sambil berlalu pergi.

Sejak hari itu, banyak juga kerja aku kena sabotaj. Berbulan-bulan lelaki itu menyusahkan aku. Kadang-kadang, terpaksa aku ‘Overtime’ demi menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Sepanjang tempoh penganiayaan ini, banyak kali juga Si Lelaki Celek itu keluar makan tengahari dengan Bos Besar. Bergurau-senda, ketawa besar, berdekah-dekah sampai macam nak roboh siling pejabat ini. Sengaja nak menyakitkan hati aku.

Makin hari, makin aku letih. Namun, alhamdulillah, banyak juga kerja aku siap. Cuma nak kemaskini sikit-sikit. Tekanan stress selama ini pun beransur reda. Cuma aku agak keletihan, dengan muka pucat dan baju yang tak bergosok, mencemarkan sikit penampilan aku kebelakangan ini.

Lama – kelamaan Bos Besar perasan akan prestasi kerja aku. Dengan nada serius, aku dipanggil ke pejabat bos besar. Dalam kepala otak aku, aku dah terbayang dah yang aku akan dipecat. Si Lelaki Celek itu menyanyi-nyanyi keriangan, sengaja nak menyakitkan hati aku lagi.
Aku melangkah masuk ke ruang pejabat Bos Besar. Kaki dah menggigil dah ni. Entah apa akan terjadi? Tawakal sajalah.
“Awak tau kenapa awak dipanggil?” tanya Bos Besar.
“Tak tau, tuan....”jawab aku dengan airmata yang mula bergenang.
“Kalau tuan hendak memecat saya, saya sedia terima keputusan tuan....”
“Siapa nak pecat awak?” tiba-tiba Bos Besar menyergah.
“Syarikat masih perlukan perkhidmatan awak. Saya nak naikkan pangkat awak ni. Tak nak ke?” tambahnya lagi.

Aku tergamam, berbaloi juga kesabaran aku selama ini. Bos besar kata, dah lama dia perhatikan aku bekerja. Walaupun aku dihentam, disabotaj dan dianiaya, aku tetap menjalankan tanggunggjawab aku dengan sebaik-baiknya. Rugilah syarikat kalau orang seperti aku dihentikan kerja.

Wah! Terasa amat! Amat! Amat! Dihargai!

Syukur kepada-Mu, Ya Allah, Alhamdulillah....


Akhirnya, Si Lelaki Celek itu tak dapat sabotaj aku lagi. Pandang aku pun dah tak berani dah. Tetapi masih lagi dengan perangainya yang suka mencelek.

Tuesday, February 3, 2015

Kejayaan Besar bermula dari Usaha Kecil


Ibarat benih pokok Rambutan. Bermula dari usaha yang kecil, bertunas, kemudian mengharungi cabaran panas terik, ribut petir, hujan lebat dan sebagainya. Ia tidak berputus asa untuk membesar. Akhirnya, ia berbunga, seterusnya berbuah. Memberi manfaat kepada semua kehidupan yang berada disekelilingnya. Insyallah, aku akan berusaha seperti benih pokok rambutan.

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...