Friday, December 9, 2011

Aku Kembali Menulis!


Dikau begitu memeningkan kepalaku....
Tanpa mu pening pun hilang....
Akan tetapi...kesunyian pula yang menjelma....
Engkau ribut, engkaulah taufan, engkaulah puting beliung yang sedang mengganas di dalam kepala ku ini....
Caramu, tindakanmu, ketangkasanmu, tidak syak lagi gagal dikawal....

Aku ibarat bumi,
Aku terkesima, kaku dan tidak tahu apa yang harus dilakukan....
Lemah dan terkulai layu,
Dan hanya menunggu dihanyutkan air hujan.....

Dikau begitu perkasa, cukuplah daku begitu terseksa...
Usah seksa aku lagi....
Bantu aku dengan tiupan lembut bayu mu,
Usapi aku dengan bisikan kalimah cinta mu....
Dikau ada sifat kemulian itu, nun jauh disudut hatimu.....

Tuesday, October 11, 2011

Cuba amati dulu...
Cuba lihat mataku...
Kau kan tahu...tapi kau kan tetap membisu....(petikan lagu dari Kinaka Honey)

Yeah....makin jiwang kan aku sekarang.....
Alhamdulillah aku semakin tenang kebelakangan ini...
Kerjaya aku...kelam-kabut...
dan dalam kelam-kabut, aku dinaikkan pangkat, aku dapat PC baru ditempat kerja, dan aku jatuh cinta lagi dengan seseorang yang istimewa.

Bersyukur kepada Mu, dikau begitu memahami hamba Mu.

Tuesday, August 9, 2011

Stress!

Kebelakangan ini, aku kerap keletihan.
Bukan kerana puasa. Aku sudah biasa dengan puasa.
Aku letih bagaikan tiada tenaga.

Aku perlukan Istirehat rasanya. Cuti sambil melancong.
Ermmmm....sedap je dengar....Tapi! Bila?!?!

Sunday, July 17, 2011

Kepada Best Friend saya Ajak...

Every now and then
We find a special friend
Who never lets us down
Who understands it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that I've found
I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay

* I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way
Hmm……….. this way

I don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where I go
And I know that you'll be there
Forever more apart of time, you're everywhere
I'll always cares
(Repeat *)

And I'll be right behind your shoulder watching you
I'll be standing by your side and all you do
And I won't ever leave
As long as you believe
You just believe
(Repeat *)

Saturday, June 25, 2011

I'm not cool...

Aku penat, Aku busuk, Aku belum mandi,
Aku sudah bosan dengan apa yang aku buat selama ini,
Aku kembali kesunyian, kembali kepada dunia asal,
Dunia yang hanya penuh dengan imaginasi dan emosi,

Ini...
Bukan apa yang aku inginkan...
Takdir ini amat melukakan....
Dan lukanya teramat dalam, aku boleh mati kerana luka ini....

Bantu aku, sembuhkan luka ini...
Aku tak nak mati hanya kerana luka ini...
Ia sadis!

Sunday, May 1, 2011

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Terus-terang, aku selalu gaduh ngan mak. Tetapi aku tidak pernah tahu ia adalah gangguan Syaitan (Saka). Aku difahamkan adalah berdosa besar apabila kita bergaduh dengan ibu bapa. Jadi, Syaitan (sejak azali tugasnya untuk memesongkan aqidah manusia) akan sedaya-upaya mencari jalan untuk membuatkan kita bergaduh dengan ibu bapa kita sendiri. Aku berharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
 
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara gangguan saka,
  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
  1. Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  2. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur.
  4. Ada rasa kelibat orang lalu.
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Wednesday, April 20, 2011

Ini untuk Ibu ku

sejak dulu,
tiada sepatah kata,
bisa ku gambarkan untuk mu,

sejak dulu,
kata-kata mu terlampau padat,
hendak ku ingat ke mana jua ku pergi,
tetapi terlalu berat untuk di hayati,

akhirnya...
apabila aku sudah dewasa,
kata-kata mu itu sudah terlewat dihayati,
ia sudah berlaku,
semuanya sudah berlaku,

hanya tinggal luka dan parut,
yang memerlukan rawatan,
baik dari hati,
baik dari pil-pil ketenangan,

namun,
aku kuat, tak perlu risau,
aku masih boleh berdiri,
jangan bimbang,

kata-kata mu akan ku pegang,
kan ku sampaikan pula pada anak dan cucu ku,
biar mereka belajar,
erti sebuah kehidupan.

Friday, March 25, 2011

Tak faham dengan diri aku sendiri.

Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

Saturday, March 12, 2011

Tak leh jadik! Kena beli gak!

Hah! peduli apa aku!!!!
Nak beli gak buku Emily the Strange yang tinggal seberapa je kat MPH tu....
tengah lak sale lak tu....

Well....aku akui kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni....
tetapi aku memerlukan sesuatu yang baru untuk dibaca....
bukan setakat surat khabar, bukan setakat berita,
aku memerlukan sesuatu yang tak sama perasaannyer...
Susah nak terangkan.....Ermmm???

Ex-treme!!!! yeah....
Aku perlukan sesuatu yang extreme,
Malangnya aku tak dapat join Ekpidisi mendaki Gunung Lambak esok.
Aku dah janji ngan adik aku nak bawak g Persada. Lagipun aku ada Guitar Lesson pada hari yang sama.

Memang rugi la....Company sponsor tue....

Saturday, February 12, 2011

Illustrasi

Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,

Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,

Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,

Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,

Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,

Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

Thursday, January 13, 2011

10 Perkara Aku Ingin Buat Setiap Hari.

Huh! aku terganggu lagi semasa tidur, dan tak tahu nak buat apa. Banyak benda mengganggu fikiran aku sekarang ini.....so inilah dia hasilnya...
  1. Menunaikan solat fardu 5 waktu.Yup! aku mengaku, solat tak menentu. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Aku bukanlah seorang manusia yang baik.
  2. Menyelesaikan segala tugas / masalah yang melanda. Tugas aku adalah seperti merangka masa depan, aku kena fikir perkara yang orang lain tidak fikir. Susah tu...
  3. Menjaga hati orang dan kawal kemarahan. Aku tak suka marah-marah, dan tak suka dimarahi.
  4. Memperbaiki kemahiran Design. Setiap hari pasti ada teknik baru untuk menghasilkan karya yang cantik. Setuju!!
  5. Simpan 10sen dlm tabung. Simpanan untuk masa tua nanti. Dah kena standby dari sekarang, herk!
  6. Buat artwork / iklan yang Gempak Da Bomb! Percaya tak hasil karya aku dah sampai ke Singapore!
  7. Memperbaiki kemahiran bermain gitar. Kan aku cipta lagu, jadi kenalah berusaha sikit.
  8. Minum Susu. Nak tambah tinggi dah terlambat dah, tapi untuk kekuatan tulang, erm...standby lagi sekali untuk masa tua.
  9. Tak nak picit jerawat. Ha ha ha ha...satu tabiat yang susah aku nak buang.
  10. Menyayangi orang yang menyayangi aku. Siapa sayang aku angkat tangan! Ha ha ha....Aku pasti ada orang diluar sana sedang menyayangi aku.

Tuesday, January 4, 2011

Suka - Suka!

Aku nyanyikan lagu
Lagu sesuka hati
Lagu berentak laju
Selaju kita lari

Dengar suara merdu
Merdu buluh perindu
Jantung pun boleh gugur
Khayalan bagai wujud

Ah! ini hanya puisi
Puisi luahan hati
Puisi kita bersama
Senang-senang dihayati

Kita bising di sana
Kita bising di sini
Hei! hati orang muda
Tiada kamus untuk BERHENTI

Maka,
Rentak ke kanan
Rentak ke kiri
Ikut irama sesuka hati

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...