Friday, December 24, 2010

Ku Pujuk Diriku Sendiri

Engkau misteri...sungguh
Tiada kata untukmu...
Duniamu unik...tiada apa yang bisa digambarkan...

Engkau berbeza...lain daripada yang lain
Benar...tiada apa yang boleh dikatakan...
Hanya kau yang mengerti
tentang dirimu sendiri

Kiranya kau bersedih...
Kau sahaja yang merasainya...
Kau terjatuh, terluka dan berdarah
Engkau juga yang akan merawatinya sendiri....

Jika kau tidak mengendahkannya,
Kau ibarat melemaskan dirimu sendiri,
Terkapai-kapai lemah,
Dan tidak akan ada sesiapapun peduli

Sudah kau tahu,
Apa nasib dirimu,
Sudahlah cukup,
Usah dibiarkan hidupmu dibelenggu kesedihan,
Atau, kau kan sakit tidak tertanggung.

Tuesday, December 7, 2010

Workaholic....

Dah semakin sibuk aku sekarang, hinggakan tiada masa yang boleh diluangkan bersama keluarga. Bukan maksud aku untuk menjauhkan diri daripada mereka. Aku hanya ingin mencari sumber kewangan yang halal untuk menanggung hidup aku dan juga bakal keluarga aku nanti. Aku sendiri berasa aman apabila berada di tempat kerja. Ia bagaikan suatu tempat yang boleh membuatkan aku melupakan masalah keluarga yang aku hadapi sekarang.

MASALAH KELUARGA.
Katakanlah aku derhaka. Kenapa aku balik kampung setiap bulan.
Katakanlah aku tidak mengenang budi. Kenapa perkara baik yang aku buat selama ini, tidak pernah diendahkan.
Katakanlah aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Kenapa bil api & air, aku yang bayar sedangkan aku hanya balik kampung sekali-sekala.

Apa yang aku buat, dan apa yang aku cakap, hanya menimbulkan rasa amarah orang disekeliling aku. Dirumah keluarga aku sendiri, aku dimaki dan diperli dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Setiap kali aku balik, aku dilayan seperti hamba. Aku amat tidak selesa sekali apabila balik kampung.

DI TEMPAT KERJA.
Tiada siapa yang boleh caci-maki aku, itupun sudah cukup memadai. Aku cuma ingin merasa ketenangan, dan senda-gurau bukan seperti ketegangan di rumah. Kerana itu aku suka bekerja.

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...